BUTTERWORTH: Kementerian Sumber Manusia sedang merangka satu dasar bagi menjamin keselamatan sosial golongan pekerja ekonomi gig membabitkan pekerja e-hailing agar tidak didiskriminasi oleh majikan.
Menterinya V. Sivakumar berkata ia kini di dalam proses penggubalan dasar di peringkat kementerian dan beliau menjangka akan menerima garis panduan berkenaan perkara itu daripada pegawainya dalam dua minggu lagi.
"Kementerian memang sedang merangka satu dasar untuk melihat bagaimana kerajaan boleh membantu supaya golongan ini tidak didiskriminasi oleh majikan mereka, serta memberi mereka perlindungan sosial," katanya kepada wartawan selepas merasmikan Majlis Penutup Karnival Kerjaya MYFutureJobs dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah 2023 Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau berkata pihak kementerian tidak menolak cadangan penggubalan akta khas melibatkan pekerja e-hailing, bagaimanapun ia akan mengambil masa yang lama untuk direalisasikan.
Katanya pihak kerajaan buat masa ini akan membuat dasar dahulu, dan kemudian mengkaji secara terperinci tentang keperluan penggubalan akta khas berkenaan.
Sementara itu ketika ditanya pandangan beliau tentang keluhan para majikan berhubung kesukaran mencapai nisbah 80:20 bagi buruh tempatan dan asing, Sivakumar berkata para majikan perlu menawarkan kemudahan-kemudahan yang menarik selain meningkatkan gaji.
Katanya statistik ketika ini menunjukkan terdapat lebih 1.18 juta warga tempatan yang bekerja di Singapura manakala secara keseluruhan, terdapat 1.8 juta rakyat Malaysia yang bekerja di perantauan, oleh itu, majikan harus melihat perkara ini sebagai satu tanda bahawa kita bukanlah kekurangan tenaga pekerja.
"Kita ada pekerja tapi kerana isu tertentu dari segi gaji dan kemudahan yang lain, mereka lebih suka bekerja di negara jiran. Kita perlu bersama-sama meningkatkan tangga gaji walaupun kita tahu ia akan meningkatkan kos.
"Kita perlu melihat perkara ini secara serius untuk jangka masa panjang. Para majikan jangan terikat dengan gaji minimum RM1,500 sahaja sebaliknya juga perlu melihat kemudahan dan faedah lain supaya anak-anak kita tidak memilih untuk merantau," katanya.
Karnival Kerjaya di Pulau Pinang hari ini menyaksikan penyertaan 56 majikan yang menemu duga calon-calon bagi mengisi 7,500 kekosongan jawatan yang menawarkan gaji bulanan sehingga RM9,500.
"Setakat 11.30 pagi ini, 552 orang telah mendapat pekerjaan di sini," kata Sivakumar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 04 2023

V. Sivakumar berkata ia kini dalam proses penggubalan dasar di peringkat kementerian. - Gambar fail

KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Kementerian Sumber Manusia sedang rangka polisi bagi menjamin keselamatan sosial pekerja e-hailing
V. Sivakumar berkata ia kini dalam proses penggubalan dasar di peringkat kementerian.