PASIR MAS: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) di pusat asuhan atau taman didikan kanak-kanak (Tadika), katanya Timbalan Menterinya Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
Beliau berkata, penelitian semula itu bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di pusat asuhan, sekali gus mengelakkan berlaku isu penderaan.
"Kita akan meneliti semula SOP di pusat asuhan, bagi memastikan keselamatan kanak-kanak supaya tidak berlaku lagi insiden perderaaan seperti klip video yang tular di laman media sosial semalam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Malaysia Prihatin di Kompleks Tarbiyah Islamiyah, Chetok, di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM yang juga Ketua Jajahan Pasir Mas Mohd Yusri Mohd Yusoff.
BACA: Guru dipanggil polis kes tular campak kanak-kanak
Semalam tular video berdurasi 10 saat yang mencetuskan kemarahan orang awam, susulan seorang guru wanita mengangkat dan menghempas seorang murid lelaki sambil disaksikan oleh murid-murid tadika yang lain.
Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata, KPWKM memandang serius isu berkenaan, dan berharap tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang berkaitan.
"KPWKM juga sudah dimaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan untuk kes itu.
"Malah, bagi ibu bapa yang terkesan dengan insiden ini, kami turut menyediakan pegawai pelindung dan menerusi Lembaga Kaunselor Malaysia, kita turut menyediakan pakar-pakar kaunseling untuk membantu mereka yang menghadapi trauma atau isu-isu seumpama ini," katanya.
Siti Zailah turut menyeru kepada semua pihak, supaya sekiranya mendapat isu atau berita seumpama itu untuk melaporkan kepada KPWKM dan PDRM, melalui saluran Talian Kasih 15999 atau menerusi aplikasi WhatsApp 0192615999.
"KPWKM turut menyarankan kepada ibu bapa, agar menyelidik terlebih dahulu latar belakang pengasuh dan adakah tempat itu berdaftar atau sebaliknya. Banyak kes yang kita dengar kadang-kadang tempat asuhan belum mendaftar, kadang-kadang pengasuh tu tidak pernah mendapat latihan.
"Perkara-perkara sebegini ini amat penting untuk memastikan keselamatan anak-anak, ibu bapa harus peka dan mengambil perhatian sebelum menghantar anak-anak ke pusat asuhan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 27 2021
Penelitian semula itu bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di pusat asuhan, sekali gus mengelakkan berlaku isu penderaan. - Gambar/ Media sosial
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Banjir Kelantan: Polis buru 114 individu buat panggilan palsu
Polis akan menjejaki 114 individu yang membuat panggilan palsu berkait banjir sebaik sahaja tamat bencana ini.
PGA Senoi Praaq kawal Sungai Golok 1 Januari ini
Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq akan memulakan tugas mengawal Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Rantau Panjang di sini bermula 1 Januari ini.
Tiada kebocoran data MyKad - JPN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada insiden kebocoran data MyKad atau transaksi mencurigakan dikesan dalam sistem jabatan berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.