awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian tiada rancangan kawal tambang e-hailing - Anthony Loke

Isabelle Leong
Isabelle Leong
09/07/2019
09:40 MYT
Kementerian tiada rancangan kawal tambang e-hailing - Anthony Loke
Anthony Loke menyampaikan lesen kepada penerima OKU, Siti Fatimah Badrun (berkerusi roda) pada Majlis Penyerahan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) kepada Pemandu E-hailing Kategori OKU. -Bernama
Kementerian Pengangkutan (MOT) tiada rancangan mengawal harga tambang perkhidmatan e-hailing.
Menterinya, Anthony Loke berkata peningkatan harga tambang hanya spekulasi dan kementeriannya dalam proses melihat kemajuan pelaksanaan dasar mengawal harga tambang di negara-negara lain.
“Kami akan terus memantau dan dasar kami tidak statik, ia dinamik. Penggubalan dasar adalah berdasarkan perubahan dari semasa ke semasa.
“Kami akan terus membuat pemantauan dan kami ingin memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada orang ramai akan diteruskan dan harga tambang akan terus kekal munasabah,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Lesen Vokasional (PSV) kepada pemandu e-hailing Kategori Orang Kelainan Upaya (OKU).
BACA: E-hailing: Lepas PSV, harga akan kekal kompetitif, berpatutan - Anthony Loke
Tambahnya, MOT juga bekerjasama dengan pengendali e-hailing untuk memastikan kenaikan harga tambang tidak meningkat secara mendadak.
Bagaimanapun, Loke berkata kementeriannya tidak akan campur tangan dengan pasaran e-hailing kerana peranannya adalah hanya untuk membuat pemantauan supaya kadar tambang kekal berpatutan.
“Ia memanfaatkan industri e-hailing jika harga kekal rendah.
“Jika terdapat peningkatan harga, jumlah penumpang akan berkurangan. Bagaimanapun, kami tidak mahu campur tangan.
“Apa yang penting ialah penumpang mendapat perkhidmatan pada harga yang berpatutan,” tambahnya.
Sebelum ini, beberapa syarikat e-hailing mengemukakan kebimbangan mereka bahawa terdapat kemungkinan penumpang perlu membayar harga tambang yang lebih tinggi dan menunggu untuk jangka masa yang lebih lama selepas pemandu e-hailing mendapatkan lesen PSV pada tarikh akhir iaitu 12 Julai ini.
Presiden Persatuan Pemandu Perkhidmatan E-Hailing Malaysia (MeHDA), Daryl Chong dilaporkan berkata kini tidak ramai pemandu yang tinggal selepas pemandu sambilan berhenti kerana enggan menduduki ujian bagi mendapatkan lesen PSV.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#EHO
#Kementerian Pengangkutan
#Lesen Vokasional
#MOT
#OKU
#orang kelainan upaya
#pengendali e-hailing
#PSV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan