Kementerian Wilayah Persekutuan akan melancarkan semula Kad Komuniti Ceria iaitu kad diskaun pembelian barangan dan penggunaan perkhidmatan agensi di bawahnya dengan nama baharu, Kad Ceria Wilayah.
Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata penjenamaan semula kad diskaun bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian pengguna di Wilayah Persekutuan itu akan dilancarkan pada 1 Mac ini.
"Kad ini sudah ada tetapi tidak berfungsi dengan baik dan sebab itu kita akan keluarkan semula dengan nama dan fungsi yang ditambah bagi membolehkan warga Wilayah Persekutuan membeli barangan keperluan dengan harga berpatutan.
"Kita tahu kekangan hidup yang dihadapi rakyat dan ini satu kaedah yang kita fikirkan boleh membantu mengurangkan bebanan mereka," katanya selepas melancarkan Pertandingan Memancing Putrajaya di sini hari ini.
Pertandingan disertai 2,600 orang sempena sambutan Hari Wilayah yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM30,000 itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Datuk Seri Adnan Md Ikshan.
Dilancarkan pada Feb 2015, Kad Komuniti Ceria menawarkan potongan diskaun barangan tertentu bagi pembelian di 2,000 kedai membabitkan 70 rakan niaga yang mengambil bahagian.
Tengku Adnan berkata kementeriannya juga akan menambah baik aplikasi mudah alih 1WPrice bagi memastikan applikasi yang memuatkan maklumat mengenai kedai yang menawarkan harga berpatutan di ibu negara, Labuan dan Putrajaya, dimanfaatkan sebaiknya oleh masyarakat.
Beliau berkata walaupun telah hampir tiga tahun dilancarkan, aplikasi bertujuan memudahkan penduduk membuat perbandingan harga itu masih belum dimanfaatkan sepenuhnya dan ia perlu dinaik taraf dan dilancarkan semula.
"Selain mengetahui harga barangan yang murah, pengguna boleh berkongsi maklumat harga patut dan lokasi kedai di laman sosial apabila aplikasi berkonsepkan portal belian barangan itu dipasang di telefon pintar masing-masing," katanya.
Dalam perkembangan lain, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) mempersoalkan tindakan 'melatah' DAP yang mentadbir Pulau Pinang berhubung ideanya menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan.
Beliau berkata selain memastikan limpahan pembangunan yang sama rata serta keprihatinan terhadap nasib Melayu di negeri itu, cadangan itu jika direalisasikan akan menjadikan hasrat pemilikan rumah dalam kalangan orang Melayu yang kini sekadar 'mampu tengok' boleh menjadi kenyataan.
Katanya kerajaan Pulau Pinang membiarkan rumah dijual dengan harga yang tidak mampu dibeli rakyat, malah tiada inisiatif mengatasi kenaikan harga pemaju berbanding yang dilakukan kerajaan BN yang bertindak menjadi 'game changer' kepada harga rumah dan hartanah.
Menurut Adnan, Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan, berjaya memastikan pemaju tidak lagi sewenang-wenangnya menjual rumah pada harga terlalu tinggi kerana rakyat disediakan pilihan lain oleh kerajaan BN.
"Kalau BN boleh lakukan, sudah pasti Pulau Pinang juga boleh buat...jadi saya hairan kenapa DAP perlu meloncat dalam isu ini. Apakah mereka sudah menjadi seperti siapa makan cili dia yang terasa pedasnya," katanya.
Selain Pulau Pinang, Tengku Adnan berkata idea beliau sendiri selaku Menteri Wilayah Persekutuan itu turut melibatkan Langkawi, Pulau Tioman, dan sebahagian Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2017
TENGKU ADNAN: Kita akan keluarkan semula dengan nama dan fungsi yang ditambah.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Jenayah dalam talian: Kesedaran orang ramai perlu ditingkatkan - Teo Nie Ching
Rakyat juga perlu diingatkan bahawa mereka turut memainkan peranan dalam melindungi diri daripada jenayah dalam talian.
UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi
UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.