awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Manchester United diikat Wolves 1-1, akhiri 2025 dengan keputusan hambar
Sarawak kehilangan permata berharga - Abang Johari
Aliran penumpang KLIA T1 ditambah baik nelalui pemeriksaan kastam mulai 1 Jan - MOT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Wilayah Persekutuan teliti semula sistem amaran banjir - Jalaluddin

Bernama
Bernama
08/03/2022
10:54 MYT
Kementerian Wilayah Persekutuan teliti semula sistem amaran banjir - Jalaluddin
Satu jawatankuasa akan ditugas untuk membincangkan pelan jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi memastikan bencana banjir kilat tidak berulang. - Gambar fail/ Astro AWANI/ Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan akan meneliti keperluan menaik taraf sistem amaran awal banjir sedia ada bagi memastikan orang awam mendapat maklumat lebih pantas berhubung bencana itu sekali gus berpeluang menyelamatkan nyawa dan harta benda.
Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata pengurusan tertinggi kementerian akan mengadakan perbincangan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah untuk tujuan itu.
"Bagaimanapun, sistem itu tidak boleh menjamin daripada banjir tidak berlaku. Maka kita perlukan pendekatan lain yakni kemungkinan kita harus fikir soal program-program tebatan banjir atau soal melibatkan sistem aliran air," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mengejut ke kawasan tanah runtuh susulan hujan lebat semalam di Seksyen 6, Wangsa Maju, di sini hari ini.
Menurut Jalaluddin, beliau sendiri sedang meneliti projek sistem perparitan yang lebih tersusun di Kuala Lumpur serta akan menugaskan satu jawatankuasa untuk membincangkan pelan jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi memastikan bencana banjir kilat tidak berulang.
"Walaupun banjir adalah satu malapetaka atau bencana, tetapi bagi pihak kerajaan terutamanya DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) bukanlah satu perkara yang tidak ada usaha atau langkah yang boleh kita buat," katanya.
Dalam pada itu, ketika disoal mengenai kolam tadahan air di Kampung Pasir Baru yang dikatakan tidak berfungsi sehingga menyebabkan air banjir naik terlalu cepat, beliau berkata DBKL diarahkan untuk membaiki kerosakan di kemudahan itu dalam tempoh sebulan.
Jalaluddin yang melawat kolam itu semalam berkata kerosakan sejak setahun lepas itu tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan dan beliau kini menunggu laporan daripada DBKL.
Enam kawasan di pusat bandar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat dan dinaiki air susulan hujan lebih sejam petang semalam manakala tiga kejadian tanah runtuh berlaku termasuk di Wangsa Maju.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir kilat Lembah Klang
#Kementerian Wilayah Persekutuan
#sistem amaran banjir
#jalaluddin alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan