Semua perjalanan ke luar negara bagi urusan kerja melibatkan petugas Kementerian Wilayah Persekutuan dan semua agensinya dibekukan berkuat kuasa Selasa lepas, kata menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Bagaimanapun, perjalanan ke luar negara masih dibenarkan bagi urusan kerja yang penting dan memerlukan tindakan segera sahaja, katanya.
Arahan tersebut adalah sebagai langkah berjimat berikutan keadaan ekonomi semasa negara, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan perjumpaan 'Town Hall' (sesi dialog dengan penduduk setempat) untuk kawasan Parlimen Setiawangsa di Stadium Tertutup Titiwangsa di sini hari ini.
Lebih 500 penduduk kawasan tersebut menghadiri sesi selama dua jam itu anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Menyentuh mengenai sesi 'town hall' siri kedua itu, Tengku Adnan berkata antara isu yang dikemukakan ialah mengenai kemudahan awam, infrastruktur serta penyelenggaraan di kawasan perumahan terutama bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Selain itu, masalah parkir dan peranan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP, katanya.
Tengku Adnan berkata setiap masalah, aduan, cadangan serta isu yang diterima pada pejumpaan 'town hall' ini akan diselesaikan dalam tempoh masa singkat bagi menjamin keselesaan rakyat.
Mengenai MPP, beliau berkata ia diperkenalkan pada 2011 dan akan diperkasakan lagi melalui penganjuran kursus bagi mendedahkan anggota majlis itu tentang peranan mereka.
MPP merupakan suatu entiti yang dianggotai oleh masyarakat setempat bagi mendukung dan memantau pelaksanaan program-program kemasyarakatan dan modal insan yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Tengku Adan berkata siri ketiga perjumpaan 'town hall' akan diadakan di kawasan Parlimen Batu, Mac ini.
Selain DBKL, antara agensi dan jabatan lain terlibat dalam perjumpaan itu tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Alam Flora Sdn Bhd.
Bernama
Sat Jan 24 2015
Semua perjalanan ke luar negara bagi urusan kerja melibatkan petugas Kementerian WP dan semua agensinya dibekukan berkuat kuasa Selasa lalu. -Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kontinjen WiPers terima insentif lebih RM1 juta
Insentif itu adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas pengorbanan yang dilakukan kontinjen WiPers.
Peniaga, penjaja di KL digesa mohon lesen perniagaan sebelum 31 Dis
DBKL akan melaksanakan program pemutihan lesen perniagaan bermula 1 Januari tahun depan dan tiada sebarang kompromi selepas tempoh itu.
KWP bakal runding dengan peniaga bagi turunkan harga ayam
Rundingan itu melibatkan peniaga di premis kementerian, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan.
Kerajaan perhalusi aspek perundangan pengambilan tanah Sungai Baru - Shahidan
Kementerian Wilayah Persekutuan sedang memperhalusi aspek perundangan proses pengambilan tanah melibatkan projek pembangunan semula Sungai Baru.
Fadlun, Presiden Perbadanan Putrajaya baharu
Datuk Fadlun Mak Ujud dilantik sebagai Presiden merangkap Pengerusi Perbadanan Putrajaya (PPj) yang baharu, bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Jun.
Langkah interim mitigasi banjir kilat di KL, mula tunjuk hasil - Shahidan
Pengoperasian pencegahan dan mitigasi banjir kilat berasaskan 14 tindakan interim bermula awal bulan ini bagi mengurangkan insiden banjir kilat di ibu kota telah menunjukkan keberhasilan.
Premis dikembalikan kepada pemilik, konsep Rumah Prihatin @ Grand Seasons tetap diteruskan
Annuar berkata pihaknya sedang membuat perancangan mengenai pasca-Rumah Prihatin @ Grand Seasons dalam usaha mengekalkan konsep aktiviti amal dan sukarelawan itu.
KWP peruntuk lebih RM1 juta bantu masjid, asnaf
Kementerian turut memperuntuk bantuan wang tunai berjumlah RM500,000 kepada 2,500 penerima golongan asnaf.
Banjir kilat Lembah Klang: KWP, DBKL cari penyelesaian berkesan
Jalaluddin berkata kementerian itu memandang serius isu berkenaan yang menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air susulan hujan lebat berterusan lebih dua jam.
KWP terus santuni golongan memerlukan
Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Yayasan Wilayah Persekutuan menubuhkan RumahPrihatin@GrandSeasons yang beroperasi secara berperingkat bermula 15 Julai 2021.