awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen #drivesafenoregrets: Pemeriksaan kenderaan percuma PUSPAKOM sempena Hari Raya

Kenyataan Media
Kenyataan Media
15/04/2022
08:55 MYT
Kempen #drivesafenoregrets: Pemeriksaan kenderaan percuma PUSPAKOM sempena Hari Raya
Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan pemeriksaan percuma di pusat pemeriksaan PUSPAKOM boleh membuat janji temu dalam talian MyPUSPAKOM di www.mypuspakom.com.my. - Gambar fail
SHAH ALAM: Kempen #drivesafenoregrets Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau lebih dikenali sebagai VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma oleh PUSPAKOM sempena Hari Raya Aidilfitri akan ditawarkan kepada semua pemilik dan pemandu kenderaan persendirian bermula pada 17 hingga 29 April 2022 di semua pusat pemeriksaan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali Shah Alam dan Pasir Gudang yang hanya dikhaskan kepada kenderaan komersial berat sahaja) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan pemeriksaan percuma di pusat pemeriksaan PUSPAKOM boleh membuat janji temu dalam talian MyPUSPAKOM di www.mypuspakom.com.my.
Selain daripada pusat pemeriksaan PUSPAKOM, orang ramai juga boleh mendapatkan pemeriksaan percuma ini secara ”walk-in” melalui Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM pada tarikh dan tempat yang ditetapkan seperti di bawah:
Lokasi pemeriksaan percuma ini secara ”walk-in”
Lokasi pemeriksaan percuma ini secara ”walk-in”
Kempen VVI percuma ini melibatkan 25 item pemeriksaan iaitu brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan, ketelusan cahaya cermin dan lain-lain lagi yang bertujuan memastikan tahap kondisi kenderaan adalah selamat untuk dipandu terutamanya ketika pulang ke kampung pada musim perayaan nanti.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM Shukor Ismail berkata, kempen ini merupakan tanggungjawab korporat PUSPAKOM bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keperluan pemeriksaan kenderaan secara berjadual untuk memastikan tahap keselamatan kenderaan lebih-lebih lagi ketika musim perayaan di mana jumlah kenderaan di jalan raya dijangka tinggi.
Kempen VVI percuma ini melibatkan 25 item pemeriksaan iaitu brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan, ketelusan cahaya cermin dan lain-lain lagi.
Kempen VVI percuma ini melibatkan 25 item pemeriksaan iaitu brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan, ketelusan cahaya cermin dan lain-lain lagi.
"Untuk pengetahuan orang ramai, di PUSPAKOM kami menggunakan alat pemeriksaan berkomputer untuk menguji kecekapan dan keberkesanan komponen sesebuah kenderaan seperti cengkaman brek dan tahap pelepasan asap. Laporan VVI dengan bacaan yang mengikut piawaian antarabangsa akan diberikan kepada pemilik kenderaan sebagai rujukan supaya mereka dapat mengetahui kondisi sebenar kenderaan yang dipandu atau kerosakan yang mungkin terdapat pada komponen kenderaan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ," jelas Shukor.
"Kenderaan yang selamat pasti memberi ketenangan kepada kita sebagai pemandu. Oleh itu, orang ramai terutamanya pemilik dan pemandu kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung pada Hari Raya ini, rebutlah peluang mendapatkan pemeriksaan percuma ini dari PUSPAKOM untuk memastikan kenderaan anda selamat dipandu dan memberi anda lebih keyakinan ketika dalam pemanduan," tambah Shukor lagi.
Bagi mereka yang ingin hadir untuk mendapatkan pemeriksaan kenderaan percuma ini perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti memakai pelindung muka, mengimbas MySejahtera dan mengamalkan penjarakan sosial.
Topic Berkaitan
#pemeriksaan kenderaan percuma
#Puspakom
#drivesafenoregrets
#Hari Raya Aidilfitri
#Voluntary Vehicle Inspection
#Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan