awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen “Field Fix” Mitsubishi berlangsung

Astro Publication
Astro Publication
03/09/2014
17:46 MYT
Kempen “Field Fix” Mitsubishi berlangsung
Selaku pengedar rasmi Mitsubishi Motors di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memulakan kempen “Field Fix” untuk 2,083 kenderaan Mitsubishi yang telah dijual di negara ini.
Langkah ini merangkumi model-model termasuk Airtrek, Colt, Lancer, Lancer Evolution, Grandis dan Outlander yang telah dihasilkan sebelum 14 Mac 2008. Suis lampu akan diperiksa dan akan diganti jika diperlukan.
Mitsubishi mendapati bahawa papan litar tercetak untuk suis lampu mampu retak disebabkan strukturnya. Ini boleh menyebabkan keretakkan yang kemudiannya menyebabkan lampu-lampu yang terlibat untuk berkelip ataupun tidak boleh dihidupkan atau kekal terpasang.
MMM akan mengedarkan surat makluman kepada pemilik-pemilik kenderaan yang terlibat. Sebarang kos – jika ada – untuk pemeriksaan ataupun pembaikan akan ditanggung oleh MMM.
Pemilik juga diharap dapat membuat temujanji di mana-mana pusat servis sah Mitsubishi Motors untuk pemeriksaan dan penukaran yang disebut. Proses ini dijangka mengambil masa sejam.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi talian Careline pelanggan di 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat, 9.00pg – 5.00ptg).
Topic Berkaitan
# Field Fix
# malaysia
#Mitsubishi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan