awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' diharap tingkat eksport halal negara

Bernama
Bernama
23/06/2022
20:20 MYT
Kempen 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' diharap tingkat eksport halal negara
Kementerian Wilayah Persekutuan meminta lebih banyak pasar raya di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk bersaing secara sihat dalam melakukan kempen menjual barangan halal. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kempen 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' diharap dapat meningkatkan eksport halal negara, selain menarik lebih banyak pelaburan langsung ke dalam industri halal sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti kepada rakyat Malaysia.
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata kempen itu bertujuan membantu usahawan tempatan terutama daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dalam meningkatkan jualan produk mereka.
"Kempen tiga bulan yang bermula pada hujung April ini bukan sahaja membantu industri PMKS, malah ia juga menggalakkan pengguna Keluarga Malaysia untuk memilih produk yang 'halalan toyyiban' untuk kegunaan harian mereka.
"Kementerian Wilayah Persekutuan menyambut baik kempen sebegini dan meminta lebih banyak pasar raya besar, pasar raya atau mana-mana outlet yang berada di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk bersaing secara sihat dalam melakukan kempen menjual barangan halal sebegini," katanya dalam kenyataan semalam.
Kempen 'Jadikan Halal Pilihan Utama Anda' adalah kerjasama Lulu Hypermarket and Department Store serta Halal Development Corporation Berhad (HDC) yang merupakan satu daripada agensi di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Kempen di bawah inisiatif Belanjawan 2022 itu melibatkan gabungan dua program iaitu Peningkatan Kebolehpasaran Produk Halal PMKS dan Penjenamaan Digital Produk Halal PMKS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Halal
#eksport
#jalaluddin alias
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan