awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen Ketuanan Pengundi, Bersih 2.0 bawa enam tuntutan, perkasa suara rakyat

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
18/06/2022
11:37 MYT
Kempen Ketuanan Pengundi,  Bersih 2.0 bawa enam tuntutan, perkasa suara rakyat
Thomas Fann (empat dari kiri) berkata, kempen inisiatif melalui pembaharuan insitusi dan sistem politik negara itu akan berlangsung sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 dan kali ini lebih tertumpu di kawasan pedalaman. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sekali lagi melancarkan kempen Ketuanan Pengundi bagi memperkasakan suara rakyat sebagai suara keramat dalam demokrasi negara.
Pengerusinya, Thomas Fann berkata, kempen inisiatif melalui pembaharuan insitusi dan sistem politik negara itu akan berlangsung sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan kali ini lebih tertumpu di kawasan pedalaman.
Beliau menjelaskan, kempen itu mengetengahkan enam tuntutan dalam memperkasakan hak pengundi dan meratakan padang permainan politik negara.
"Pengundi diketepikan dalam keadaan politik negara. Kita ada membuat kajian berhubung isu ini dan kita ada membuat beberapa cadangan untuk mereformasikan institusi negara," katanya kepada pemberita selepas sesi townhall di sini, pada Sabtu.
Kempen itu akan membawa semua pembaharuan penting dalam enam tuntutan untuk memperkasakan hak pengundi. Enam tuntutan tersebut adalah:
1. Jangan nafi undi rakyat
  • Mengadakan undi awal untuk pengundi Sabah dan Sarawak yang mengundi di Semenanjung.
  • Perbaharui undi pos untuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara.
  • Menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi hal ehwal pilihan raya sebagai penyeliaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
  • Memperbaharui proses pelantikan Pesuruhjaya Pilihan Raya.
2. Hentikan lompat parti
  • Memperkenalkan undang-undang pilihan raya pecat.
  • Kanunkan undang-undang peruntukan wakil rakyat yang saksama bagi ahli Parlimen dan ADUN.
  • Pekenalkan pendanaan awam kepada parti politik supaya mereka tidak terlalu bergantung dengan sumber lain.
3. Bebaskan Parlimen daripada cengkaman eksekutif
  • Perkasakan Jawatankuasa Pilihan Raya Khas Parlimen dengan memberikan peranan bermakna kepada backbenchers kerajaan serta pembangkang dalam proses pembuatan undang-undang serta semak dan imbang.
  • Perkenalkan Akta Perkhidmatan Parlimen supaya Parlimen lebih autonomi.
4. Hapuskan akta drakonian
  • Mansuhkan akta-akta drakonian.
  • Pertahankan hak bersuara serta berhimpun secara aman seperti dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
5. Tolak dua darjat
  • Reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • Memisahkan peranan dan kuasa Peguam Negara dengan Pendakwa Raya.
6. Berikan undi kepada pembayar cukai
  • Perkenalkan semula pilihan raya kerajaan tempatan.
  • Desentralisasikan kuasa Persekutuan kepada negeri-negeri dan wilayah Sabah dan Sarawak.
Topic Berkaitan
#Ketuanan Pengundi
#Bersih
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Parlimen
#Thomas Fann
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan