KINI-TRENDING

Kempen #KJWeNeedSkatePark berjaya tarik perhatian Khairy Jamaluddin

Ian Johan Ariff 26/10/2014 | 08:07 MYT
Gambar Khairy disunting bagi menarik perhatian beliau
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu mencuba pendekatan baru bagi pembinaan gelanggang sukan ekstrem ataupun skate park di Malaysia.

Kenyataan tersebut dibuat menerusi Twitter semalam selepas golongan papan selaju dari Negeri Sembilan, Sembilan Papan Selaju mendesak skate park dengan reka bentuk yang sesuai dibina di Malaysia menerusi kempen #KJWeNeedSkatePark.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menurut Khairy, pendekatan tersebut adalah memberi pemilikan skate park kepada pengguna atau komuniti yang menggunakan kemudahan itu supaya diselenggara dengan baik.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Justeru Khairy mahu mengadakan sebuah pertandingan bagi mencari idea skate park terbaik yang memberi kesan positif terhadap komuniti sukan ekstrem.

Butiran lanjut mengenai pertandingan mencari idea pembinaan skate park terbaik untuk komuniti tempatan akan diposkan pada Facebook rasmi Khairy tidak lama lagi.

Khairy juga tidak sangka pembinaan skate park mempunyai permintaan yang tinggi kerana ramai yang menghantar email untuk meminta gelanggang sukan itu dibina.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kempen 'KJ We Need Skate Park' yang dimulakan awal minggu ini oleh Sembilan Papan Selaju menyaksikan wajah Khairy disunting pada gambar seorang pemain papan selaju bagi menarik perhatian beliau.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sembilan Papan Selaju mengadu kepada Khairy menerusi foto Instagram tersebut bahawa skate park yang terdapat di Malaysia kebanyakan tidak teratur dan bahaya kepada pengguna.

Kempen itu disokong laman web TV papan selaju tempatan, Frontside TV (FTV) yang turut mendesak kempen berterusan diadakan bagi menarik perhatian Khairy dan pihak bertanggungjawab.

FTV menerusi kenyataan mendedahkan kebanyakan gelanggang sukan ekstrem di negara ini tidak diselenggara dengan baik dan berbahaya kepada pengguna sekaligus menyekat pembangunan sukan itu.
#Belia #Khairy Jamaluddin #KJ #skate park