awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komunikasi jelas penting dalam perubahan cukai - MOF
Imigresen tahan 171 pendatang asing dalam serbuan di Semenyih dan Kajang
Penduduk bukan warganegara di Sabah menurun 0.32 peratus tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor

Bernama
Bernama
29/04/2024
13:41 MYT
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Sasikala Devi berkata polis bagaimanapun akan terus memantau aktiviti kempen calon yang bertanding bagi memastikan keadaan tersebut kekal hingga akhir PRK. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata polis bagaimanapun akan terus memantau aktiviti kempen calon yang bertanding bagi memastikan keadaan tersebut kekal hingga akhir PRK.
"Setakat ini kempen berjalan lancar dan baik...tidak ada kekecohan. Pihak yang bertanding juga memohon permit dengan betul sebelum mengadakan ceramah kempen.
"Kita harap keadaan ini kekal dan mereka yang bertanding terus berkempen secara berhemah, profesional dan tidak mendatangkan kesusahan kepada orang ramai," katanya ketika ditemui pemberita di Mes Pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
Sasikala Devi pada Rabu lepas berkata sebanyak 642 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memastikan kelancaran PRK berkenaan.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan calon dan jentera parti politik bertanding supaya berkempen secara berhemah serta tidak menyentuh perkara yang boleh menganggu ketenteraman awam termasuk isu 3R iaitu bangsa, agama dan institusi raja.
PRK KKB menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao sebagai calon Pakatan Harapan, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).
Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari pengundian, manakala 7 Mei hari pengundian awal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#ceramah kempen
#parti politik
#ketenteraman awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan