DREBAR

Kempen servis Toyota – 29,985 buah kereta terlibat

Astro Publication 07/07/2015 | 16:41 MYT
UMW Toyota Motor (UMWT) sekali lagi memulakan langkah memanggil semula beberapa produk setelah mendapat pengesahan daripada Toyota Motor Corporation (TMC) bahawa sejumlah model Vios, Corolla Altis dan Yaris terjejas dengan penggunaan pengembung beg udara.
Kempen Servis Khas ini melibatkan 29,985 buah kereta seperti di bawah:
Model-model lain yang dipasang selepas Disember 2008 tidak terlibat dengan langkah panggil semula ini.
[Klik sini untuk mengetahui langkah panggil semula yang dilakukan sebelum ini]
Pihak UMWT akan menghubungi pemilik kereta-kereta terlibat agar kerja-kerja baik pulih dapat dilakukan. Kos penukaran kepada pengembung beg udara yang baharu akan ditanggung sepenuhnya oleh UMWT.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi talian bebas tol 1800-8-869682.
# # UMWT #Toyota