[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DREBAR

Kempen servis Toyota – melibatkan 66,830 unit pelbagai model

Astro Publication 29/10/2015 | 08:16 MYT
Toyota Motor Corporation (TMC) telah memberi pengesahan kepada UMW Toyota Motor (UMWT) terdapat 66,830 unit model Toyota Vios, Corolla Altis, Camry, Yaris dan RAV4 yang terlibat di dalam kempen servis istimewa di Malaysia. Model-model yang disebut semuanya dihasilkan daripada September 2005 sehingga Disember 2010.
Langkah kempen servis atau panggil semula ini adalah bagi menyelesaikan isu suis utama tingkap kuasa. Jika komponen ini didapati menunjukkan tanda-tanda tidak berfungsi dengan betul setelah diperiksa oleh pakar UMWT, papan suis tersebut akan diganti dengan percuma. Buat masa ini, alat ganti berkaitan sedang disiapkan dan pelanggan yang terlibat akan dihubungi oleh syarikat.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan juga boleh menghubungi 1800-88-69682.
# # servis # UMWT #Toyota