PONTIAN: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih beroperasi di daerah Batu Pahat akan ditambah baik termasuk kemudahan khemah khas sementara bagi tujuan solat fardu dan tarawih.
Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pejabat kadi daerah pula akan menyediakan imam serta bilal untuk memimpin solat fardu dan tarawih.
"Usaha-usaha ini akan memberikan keselesaan kepada penghuni di PPS memang ditekankan oleh kerajaan negeri dan tidak boleh dilengahkan tentang keperluan mereka terutama bagi solat tarawih pada bulan Ramadan ini.
“Saya difahamkan juga kerajaan negeri akan menyediakan juadah berbuka dan bersahur bagi memberikan sedikit kegembiraan kepada mangsa-mangsa yang tidak dapat pulang ke rumah lagi,” ujarnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan di Pontian pada petang Rabu.
Hadir sama Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad ; Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor ( JAINJ), Jamaludin A Hamid ; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor ( MAINJ), Ismail Abu dan Pegawai Daerah Pontian, Zainal Eran.
Menurut Mohd Fared, keadaan cuaca bertambah baik di Batu Pahat, namun disebabkan ‘banjir termenung’ mangsa banjir belum dibenarkan pulang.
Dijangka kira-kira 10 PPS akan terlibat dalam menjalankan ibadah solat tarawih di pusat tersebut, berikutan paras air banjir yang lambat surut itu.
Dalam pada itu, Mohd Fared berkata, kajian sedang dilakukan oleh Unit Perancangan Ekonomi Negeri bagi membina sebuah balai cerap.
Katanya, balai cerap diperlukan di negeri ini bagi melihat anak bulan Ramadan Syawal, selain berperanan sebagai bahan rujukan pelajar bagi mengkaji astronomi serta pusat sains cakerawala.
“Kita sedang mengenal pasti lokasi, namun sebagaimana cadangan awal sebelum ini, daerah Pontian adalah salah satu lokasi bagi pembinaan balai cerap di Johor.
"Cadangan tersebut sedang di peringkat pelaksanaan awal perbincangan dengan jangkaan selesai sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Mar 23 2023

Pejabat kadi daerah akan menyediakan imam serta bilal untuk memimpin solat fardu dan tarawih. - Gambar hiasan/ Bernama

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.

Adab di pagi 1 Syawal
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin...

Teh panas jadi hidangan tradisi selepas Tarawih di Pakistan
Tradisi berkumpul untuk "chai dan gup shup" bukan sahaja terhad di Quetta tetapi kelaziman di kebanyakan bandar utama di Pakistan.

Ramadan dan Syawal menggamit rindu perantau
Bulan Ramadan di perantauan mempunyai cabaran tersendiri terutamanya perlu berpuasa untuk tempoh yang panjang.

Empat beranak tinggal dalam bangsal, tiada persiapan Aidilfitri
Sebelum ini mereka sekeluarga menyewa di Seberang Perai Utara, namun disebabkan masalah kewangan, mereka tidak dapat melunaskan sewa rumah.

Agong berkenan menerima menghadap, berbuka puasa bersama PM
Mesyuarat yang bermula pada 6 petang itu berlangsung selama kira-kira sejam, sebelum disusuli dengan majlis berbuka puasa.

Baju raya mahal: Keperluan atau kehendak nafsu?
Murah tidak semestinya tidak berkualiti dan mahal tidak semestinya berkualiti tinggi.

Kuota internet tambahan percuma sempena Aidilfitri
Pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Aidilfitri: Lebih 3 juta kenderaan dijangka masuk Perak
Lebih tiga juta kenderaan dijangka memasuki Perak melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) menjelang sambutan Aidilfitri.

Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya
Perbezaan agama tidak jadi halangan bagi pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan membuat persiapan hari raya.

PDRM beri diskaun khas semua saman, hanya bayar RM50 - PM Anwar
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Kadar Khas Bayaran Saman yang hanya berjumlah RM50 bagi semua saman trafik, bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023.