awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inisiatif pembiayaan KUSKOP perkukuh akses pembiayaan PMKS - FMM
Guru obesiti 350kg terlantar dalam bilik air
12 hektar hutan tanah gambut di Muar terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemuka butiran palsu geran tanah: Ahli perniagaan direman seminggu

Bernama
Bernama
14/08/2025
15:15 MYT
Kemuka butiran palsu geran tanah: Ahli perniagaan direman seminggu
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 11 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan. - Foto hiasan/BERNAMA
SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan seorang lagi individu dipercayai terbabit dalam penggunaan geran tanah di Mukim Lenggeng, Seremban yang mengandungi butiran palsu bagi mendapatkan wang hasil jualan tanah berjumlah RM3.8 juta pada September 2022.
Lelaki berusia lingkungan 40-an yang juga ahli perniagaan itu direman tujuh hari sehingga 20 Ogos selepas perintah reman dikeluarkan Majistret Saiful Sayoti di Mahkamah Majistret Jenayah di sini, hari ini, bagi membantu siasatan.
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira 11 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai bersubahat dengan seorang lagi suspek utama menggunakan dokumen mengandungi butiran palsu untuk mendapatkan wang hasil jualan tanah tersebut," katanya.
Penahanan itu adalah susulan lanjutan reman terhadap suspek utama yang juga broker tanah berusia lingkungan 40-an selama tiga hari bermula 12 Ogos.
Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Pada Isnin lepas, media melaporkan SPRM melanjutkan tempoh reman terhadap suspek utama yang ditahan pada 5 Ogos kerana disyaki terbabit dalam kes sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemuka butiran palsu geran tanah
#SPRM Negeri Sembilan
#Mukim Lenggeng
#hasil jualan tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami