Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kenaikan caj rawatan hospital kerajaan sepertimana yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam memberitahu kenaikan tersebut akan mula berkuat kuasa Januari tahun depan, bagaimanapun ketika ini kadarnya masih belum diputuskan lagi.
Tegas beliau, keputusan itu adalah wajar memandangkan kos operasi hospital yang semakin meningkat.
Malah, kali terakhir KKM melaksanakan kenaikan caj hospital kerajaan adalah pada 1982, iaitu 34 tahun yang lepas.
Katanya, kenaikan kali ini hanya melibatkan caj yang dikenakan terhadap pesakit kelas 1 dan kelas 2.
"Walaupun kita naik sedikit berbanding bayaran dulu, tetapi masih ada subsidi yang besar terhadap pesakit kelas 1 dan kelas 2.
Dr Subramaniam turut menambah tanggungjawab utama KKM adalah untuk memastikan kumpulan (masyarakat) miskin dan berpendapatan rendah yang datang ke sistem perkhidmatan awam terjamin kebajikan mereka.
"Kita tidak lari daripada prinsip itu," katanya dalam sidang media mesyuarat 'Post-Cabinet' kementeriannya di sini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini yang mendakwa bahawa caj rawatan dan wad hospital kerajaan seluruh negara akan dinaikkan sebanyak 50 peratus.
Menurut Subramaniam, daripada dua juta pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, hanya kira-kira 32,000 adalah pesakit kelas 1 dan kelas 2.
Katanya lagi, golongan tersebut adalah kalangan yang mempunyai pilihan dan ada kalanya mendapatkan rawatan di hospital swasta.
"Sebab itu kami naikkan caj dan potong subsidi.
"Saya harap hasil daripadanya akan diguna untuk mendapatkan ubat tambahan atau seumpamanya bagi mereka yang memerlukan di kelas 3," jelasnya.
Ketika ini, kira-kira 75 peratus daripada keseluruhan 31 juta rakyat Malaysia mendapatkan rawatan di hospital kerajaan manakala hanya 25 peratus sahaja memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Sementara itu, mengulas perkembangan terkini siasatan terhadap kes kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, Dr Subramaniam menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat konsesi di hospital yang didapati cuai dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebaiknya mengikut kontrak yang ditandatangani.
Beliau memaklumkan, setakat ini KKM telah mengenakan penalti iaitu pemotongan bayaran terhadap lima syarikat konsesi sebanyak RM55 juta dalam tempoh April 2015 hingga Ogos tahun ini.
"Jika didapati berlaku jenayah seperti penipuan, kami tidak teragak-agak untuk melaporkannya kepada agensi berkaitan seperti polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Malah, sekiranya pegawai KKM yang ditugaskan untuk memantau perkara ini didapati tidak menjalankan tugas dengan baik, tindakan akan diambil mengikut undang-undang di bawah Akta Perkhidmatan Awam," tegasnya.
Kata Dr Subramaniam, langkah-langkah ini diambil supaya rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang besar terhadap perkhidmatan di hospital kerajaan.
Israr Khalid
Mon Nov 14 2016

DR SUBRAMANIAM: Walaupun kita naik sedikit berbanding bayaran dulu, tetapi masih ada subsidi yang besar terhadap pesakit kelas 1 dan kelas 2. -Gambar fail

Jabatan Perikanan pantau fenomena ikan bilis terdampar di Pulau Pangkor
Jabatan Perikanan Negeri Perak akan memantau fenomena ikan bilis naik ke darat dan terdampar di pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor dari semasa ke semasa.

RS-1 bantu merangsangkan peningkatan ekonomi
Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor baru-baru ini ialah rancangan pertama dalam sejarah negeri tersebut.

Dewan Tertinggi BN belum putuskan permohonan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang memohon untuk menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Polis tahan lelaki khianat cabut batu nisan
Polis menahan seorang gelandangan lelaki hari ini yang disyaki terlibat dalam kes khianat mencabut beberapa batu nisan di Sibu.

Kenal pasti 'hot spot', bomba siap siaga hadapi musim kemarau - KP
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah siap siaga dari segi aset dan anggotanya bagi menghadapi musim kemarau yang lazimnya berlaku antara bulan Mei hingga September.

Polis tahan empat lelaki bantu siasatan kes pukul bapa, anak
Polis menahan empat lelaki hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki dan bapanya cedera dipukul sekumpulan suspek di Kampung Pondok Upeh, di sini semalam.

AWANI Ringkas: Skandal LCS: Bekas pengarah urusan bakal didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kertas Putih Kesihatan kritikal, titik mula pembaharuan sistem kesihatan di Malaysia
Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan akan menjadi titik permulaan bagi perjalanan ke arah pembaharuan sistem kesihatan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
![AWANI 7:45 [15/08/2022] – Permohonan tangguh kes SRC | Kes LCS ke mahkamah | Data pergerakan harga ayam AWANI 7:45 [15/08/2022] – Permohonan tangguh kes SRC | Kes LCS ke mahkamah | Data pergerakan harga ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982775/thumbnails/3548345001660570194504_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [15/08/2022] – Permohonan tangguh kes SRC | Kes LCS ke mahkamah | Data pergerakan harga ayam
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini: Bukti baharu Najib, hanya lengahkan perbicaraan, tegas Timbalan Pendakwa Raya Polemik LCS, bekas pengarah urusan didakwa esok Penetapan harga siling ayam sedang diteliti #AWANInews #RasuahBusters

Tahap pendapatan perlu ditingkatkan - Pakar Ekonomi
Tahap pendapatan secara menyeluruh yang rendah menjadi masalah utama untuk mereka yang sudah pencen untuk hidup dalam keadaan yang selesa.

Kenaikan caj hospital kerajaan wajar - Subramaniam
Dr S. Subramaniam menegaskan kenaikan tersebut wajar memandangkan kos operasi hospital yang semakin meningkat.