MALAYSIA
Kenaikan gaji penjawat awam pengiktirafan terhadap dedikasi demi pembangunan negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan kenaikan gaji baharu itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 12 tahun dan terbesar dalam sejarah perkhidmatan awam negara. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kenaikan gaji penjawat awam fasa kedua di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) hari ini bukan sekadar angka semata-mata, sebaliknya merupakan pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen golongan berkenaan dalam memacu pembangunan Malaysia.
Ringkasan AI
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelaksanaan kenaikan gaji baharu itu merupakan yang tertinggi dalam tempoh 12 tahun dan terbesar dalam sejarah perkhidmatan awam negara.
"Semoga pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk terus berkhidmat dengan integriti, dedikasi dan semangat kebangsaan. Bersama-sama kita memacu Malaysia ke tahap kecemerlangan seterusnya," kata beliau dalam hantaran di Facebook hari ini.
Pelarasan gaji fasa kedua merupakan kesinambungan kenaikan gaji di bawah SSPA yang diumumkan pada 2024, melibatkan kadar keseluruhan 15 peratus bagi Kumpulan Pelaksana, dan Kumpulan Pengurusan dan Professional serta tujuh peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).
Fasa Kedua menyaksikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional menerima tambahan kenaikan sebanyak tujuh peratus, manakala KPT menerima pelarasan sebanyak tiga peratus.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kenaikan gaji penjawat awam fasa kedua di bawah SSPA diumumkan hari ini; diiktiraf sebagai yang tertinggi dalam 12 tahun.
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan harapannya agar kenaikan gaji ini memberi dorongan kepada penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan integriti dan semangat kebangsaan.
- Pelarasan gaji ini melibatkan kadar keseluruhan 15% bagi Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Professional serta 7% bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi; fokus pada meneruskan pembangunan negara menuju kecemerlangan.