SEKINCHAN: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan amat memahami isu yang dihadapi para pesawah dan petani seluruh negara yang disebabkan oleh kenaikan harga baja dan racun.
Justeru, beliau berkata Kementerian Kewangan telah diarahkan untuk menyelesaikan perkara itu bagi memastikan harga dapat dikurangkan selain menyediakan bantuan tertentu bagi mengurangkan beban petani terutamanya pesawah.
"Kita berbincang perkara ini dalam Kabinet dan kita faham harga racun tinggi, harga padi tinggi, kos akan meningkat dan akan kurangkan dari segi pendapatan bersih para petani terutama pesawah-pesawah.
"Percayalah masalah rakyat, masalah pesawah adalah masalah kerajaan juga dan kita tidak akan biarkan bebanan tersebut ditanggung sendirian oleh pesawah dan petani seluruh negara, insya-Allah kita akan bantu," katanya pada Majlis Pelancaran Benih Padi IS21 di sini, hari ini.
Ismail Sabri menjelaskan peningkatan harga baja dan racun adalah disebabkan barangan itu diimport dari luar negara.
Walaupun terdapat syarikat dalam negara termasuk koperasi dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengeluarkan baja serta racun, namun beliau berkata bahan mentah barangan itu juga diimport dari luar.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa berusaha mempertingkatkan produktiviti industri padi dan beras dilakukan secara proaktif, termasuk memperkenalkan teknologi terkini bagi mendepani cabaran serta memperkasakan lagi keupayaan.
“Namun, tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan di bahu kerajaan, pesawah dan petani semata-mata tetapi memerlukan usaha bersama sebagaimana sering saya tekankan iaitu keterangkuman dan kebersamaan yang merupakan antara teras utama konsep Keluarga Malaysia,” katanya.
Bagi tujuan itu, beliau menyeru lebih ramai penyelidik tempatan pelbagai bidang kepakaran turut sama mengetengahkan penyelidikan dan pembangunan (RD) serta menggembleng tenaga membangunkan inovasi agromakanan ke arah memacu Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi, sekali gus meningkatkan taraf hidup Keluarga Malaysia.
Katanya, kerajaan juga sentiasa bersiap siaga mendepani cabaran dunia dan tampil dengan pelbagai inisiatif berpaksikan rakyat, termasuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) iaitu pelan pembangunan menyeluruh untuk manfaat Keluarga Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan.
Ismail Sabri berkata sasaran utama kerajaan adalah ke arah negara berteknologi tinggi serta berpendapatan tinggi dengan program penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (RDCI) dikenal pasti sebagai satu daripada teras utama RMK12.
Bagi tujuan itu, beliau berkata peranan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) amat penting dalam merangka strategi RDCI melalui pembangunan dan pembudayaan sains, teknologi dan inovasi dalam kalangan Keluarga Malaysia.
Mengulas mengenai majlis hari ini, Ismail Sabri berkata baka padi baharu IS21 adalah projek teknologi berimpak tinggi MOSTI yang diusahakan Agensi Nuklear Malaysia dengan benih padi itu mempunyai daya tahan tinggi terhadap cuaca tidak menentu dan rintang terhadap beberapa penyakit padi yang sering menyerang dan merugikan pesawah.
Selain itu, baka padi IS21 juga berpotensi memberikan hasil tuai yang tinggi dan dapat meningkatkan pendapatan pesawah jika diurus dengan baik mengikut garis panduan yang disyorkan kerajaan, selain IS21 mampu mengeluarkan hasil padi sehingga sembilan tan sehektar mengikut kawasan penanaman.
“Kos penanaman dapat dikurangkan sebanyak 10 hingga 20 peratus kerana penggunaan baja dan racun perosak yang kurang. Hasil tuaian juga boleh meningkat sebanyak 40 sehingga 67 peratus, bergantung kepada kawasan tanaman dan amalan kultura petani,” katanya.
Ismail Sabri berkata inisiatif MOSTI menghasilkan varieti padi baharu IS21 adalah antara usaha meningkatkan sekuriti makanan negara dan ia selaras dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan tahap sara diri padi negara, seterusnya mampu mengurangkan kebergantungan kepada beras import pada masa hadapan.
Menurutnya Agensi Nuklear Malaysia yang menghasilkan benih padi IS21 telah menerima pengiktirafan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) sempena Persidangan Agung kali ke-65 di Vienna, Austria pada Sept lepas bagi Anugerah Pencapaian dalam Bidang Biak Baka Mutasi Tanaman.
Mendukung Aspirasi Keluarga Malaysia, beliau berkata Bajet 2022 memperuntukkan RM1.53 bilion bagi meneruskan program bantuan subsidi dan insentif kepada pengusaha tanaman padi bertujuan meningkatkan taraf ekonomi kira-kira 300,000 pesawah di seluruh negara, dengan mengurangkan kos mereka sehingga 60 peratus daripada jumlah keseluruhan kos pengeluaran padi.
Ismail Sabri berkata kerajaan juga sedang mengalihkan orientasi pemberian subsidi dan insentif daripada input kepada output secara beransur-ansur, bertujuan menggalakkan peningkatan produktiviti pengeluaran padi dalam kalangan pesawah.
Pendekatan itu dijangka mewujudkan persekitaran industri kawal selia kendiri seterusnya mengurangkan pembabitan serta pemantauan kerajaan di sepanjang rantaian pengeluaran padi, katanya.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021

Ismail Sabri hadir pada Majlis Pelancaran Benih Padi IS21 di Sekinchan, hari ini. - Foto Twitter ZahimiHassan

Kerajaan terus beri perhatian kepada golongan belia - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz menjelaskan di bawah semangat Keluarga Malaysia pelbagai dasar, program dan peruntukan telah kerajaan sediakan untuk golongan belia.

Dua empangan sabo akan segera dibina di Gunung Inas - Sanusi
Ia bagi memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kepala air di kawasan berpenduduk.

AWANI Ringkas: Anggota polis bermasalah dipindah ke Sabah, Sarawak tidak benar

Undi18 lahirkan pemimpin matang, berkualiti - Tengku Zafrul
Semakin awal golongan muda diberi hak untuk terlibat dalam proses membuat keputusan, semakin cepat mereka bersedia galas tanggungjawab sebagai pemimpin, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. #AWANInews

AWANI Ringkas: Buli Di MRSM Kuantan| Polis sahkan tiada unsur gangsterisme

PH akan bincang pembahagian kerusi, fokus pada 52 kerusi ditandingi Bersatu
PKR akan bertanding di semua kerusi yang pernah dimenanginya dalam PRU14 termasuk Parlimen Gombak, Tebrau, Ampang, Batu Pahat dan Segamat.
![AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982479/thumbnails/28747953021660397464241_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [13/08/2022] – Litar lumba drag | Suspek pukul ditahan | Bukan kapal kayu | Misi mencari Hadi
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda Tumpuan #AWANI745 malam ini: -LCS bukan projek halimunan, kapal sedang disiapkan, kata BNS -Selepas ini setiap negeri ada litar lumba drag -Selepas antilompat parti, kini giliran RUU sumbangan politik pula

Agenda AWANI Asia: Integrasi 5G, manfaat untuk semua
Kerajaan menyasarkan 100 peratus liputan akses 5G di seluruh negara menjelang 2025. Apa cabaran terhadap usaha untuk mempercepat pembangunan teknologi itu di negara ini? Agenda Awani Asia, Sabtu 9 malam.

MAHA 2022 capai sasaran satu juta pengunjung - PM Ismail Sabri
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang akan berakhir esok berjaya mencapai sasaran satu juta pengunjung hari ini.
![[TERKINI] Buli MRSM | Polis rakam percakapan pihak terlibat [TERKINI] Buli MRSM | Polis rakam percakapan pihak terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982470/thumbnails/28747953001660393926795_640x360.jpg)
[TERKINI] Buli MRSM | Polis rakam percakapan pihak terlibat
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan, pihaknya sudah merakam percakapan pihak terlibat seperti guru, pelajar dan ibu mangsa bagi membantu siasatan kes buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan.

Kilang baja kotor, busuk diarah tutup
Kilang yang menjalankan operasi memproses sisa ayam sebagai baja pertanian beroperasi di lokasi terlindung.

Pemimpin Afrika mahu pengecualian embargo import gandum, baja dari Rusia
Pengecualian sekatan kewangan terhadap Moscow oleh negara-negara Eropah untuk meneruskan perdagangan tenaga dengan Rusia juga harus diguna pakai terhadap import Afrika.

Isu baja padi akan diselesaikan segera - Mada
Mada memaklumkan kelewatan baja padi yang dihantar kepada petani adalah berpunca daripada isu kelewatan bekalan bahan mentah.

Perang Rusia-Ukraine punca gangguan baja untuk pasaran minyak makan global
Beliau berkata perang Rusia akan memberi kesan meluas dan gangguan bekalan baja merupakan satu daripadanya.

Gajah mati terduduk dipercayai makan baja tumbuhan
Gajah betina dianggarkan seberat dua tan yang ditemukan mati di tepi Jalan Empangan Pedu berdekatan Kampung Pinang, Pedu di Padang Terap semalam disyaki termakan baja tumbuhan.

Pemandu lori maut terhimpit kenderaan sendiri
Sebelum kejadian, pemandu berkenaan sedang memandu lori yang membawa baja dari Tawau menuju ke Luasong.

Lebih 632,000 petani, pesawah terjejas akibat kenaikan harga baja, racun
Harga baja didapati meningkat hampir 30 peratus manakala harga racun pula meningkat hampir 100 peratus.

Harga baja, racun naik, kerajaan berusaha cari penyelesaian terbaik
MAFI berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi membantu peladang dan petani yang terjejas dengan kenaikan harga baja dan racun.

Kerajaan peruntuk RM262 juta bantu peladang terjejas kenaikan harga baja dan racun - PM
Kerajaan memperuntukkan bantuan berjumlah RM262 juta sebagai respons awal bagi membantu peladang yang terjejas susulan kenaikan harga baja dan racun.

Lebih 400,000 bakul dikumpul selepas berakhirnya Festival Loy Krathong
Tahun ini, jumlah kutipan krathong berkurangan sebanyak 89,302 atau 18.13 peratus berbanding tahun lalu.