KUALA LUMPUR: Kenaikan harga beras putih import memberi manfaat kepada industri padi dan beras negara kerana ia telah mendorong peningkatan permintaaan pengguna kepada beras putih tempatan, kata Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri Padi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Azman Mahmood.
Beliau berkata kenaikan harga beras putih import di seluruh negara susulan penyelarasan harga yang dibuat oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas), menyebabkan pengguna kini lebih cenderung membeli beras putih tempatan yang dijual pada harga dikawal iaitu sekitar RM2.60 sekilogram atau RM26 sekampit.
"Bila harga beras putih import melonjak daripada RM33 kepada RM39, ia akan menjadi satu fenomena, semua orang akan mencari beras tempatan.
"Dahulu sekitar 2021, beras tempatan tiada pemintaan. Semua cari beras import sebab harga tidak jauh berbeza, sekarang (beza) RM26 dengan RM39. Semua akan fokus kepada beras tempatan terutamanya peniaga," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya di Putrajaya semalam.
Jumaat lepas, Bernas menyelaraskan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 setan kepada RM3,200 setan sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.
Menurut Bernas faktor luaran seperti iklim yang tidak menentu dan kadar pertukaran mata wang yang lemah, secara kolektif mencetuskan kesan ketara ke atas pasaran dagangan beras global ditambah dengan kesan larangan pengeksportan beras putih diumumkan India baru-baru ini.
Dengan mengambil kira perkembangan itu, Azman berkata langkah perlu diambil bagi meningkatkan pengeluaran beras putih tempatan sekali gus menampung keperluan pengguna dalam negara dan mengurangkan kebergantungan kepada beras import.
Menurutnya tahap sara diri (SSL) bekalan beras negara yang kini berada di paras 62 peratus sedikit membimbangkan kerana ia terdedah kepada gangguan bekalan sekiranya berlaku perkara yang boleh menjejaskan bekalan beras import.
"Jangan di bawah paras 60 peratus (SSL). Kalau bawah paras itu ia membimbangkan kerana dengan cuaca dunia yang tidak menentu, kita takut sekatan akan dilakukan negara luar untuk tidak membenarkan beras dieksport dan itu akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia,
"Rakyat Malaysia makan nasi purata 80 kilogram (kg) setahun, tetapi jangan lupa kita juga ada warga asing yang purata makan 120kg setiap orang. Penggunaan beras kita lebih kurang 200,000 tan metrik setiap bulan. Kita tiada pilihan, kita kena berusaha habis-habisan untuk meningkatkan pengeluaran dalam negara," katanya.
Menurut Azman kerajaan telah mengambil langkah intervensi bagi meningkatkan bekalan beras putih tempatan di pasaran dengan meminta pengilang padi zon utara meningkatkan pengeluaran sebanyak 20 peratus dan memberikannya kepada kerajaan melalui Bernas.
"Ini supaya tambahan 20 peratus itu memang betul-betul berada di dalam pasaran. Kalau kita buat 20 peratus ini, lebih kurang 423,000 tan metrik setahun yang kita akan dapat.
"Anggaran tahun ini kita boleh keluarkan dalam 23 juta kampit 10kg atau 47 juta kampit 5kg," katanya.
Beliau berkata langkah tersebut bagaimanapun hanya bersifat sementara dan penyelesaian serta pembaharuan bagi meningkatkan produktiviti padi dan beras negara secara berkekalan sedang diusahakan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Jumaat lepas, harga jualan beras putih import diselaraskan daripada RM2,350 setan kepada RM3,200 setan sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa. - Gambar hiasan
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Malaysia mohon India eksport 500,000 tan metrik beras putih - Mohamad
Kerajaan berhasrat mengemukakan permohonan peruntukan tambahan daripada India untuk mengeksport 500,000 tan metrik beras putih negara itu ke Malaysia.
NACCOL gesa kawal selia padi dan beras segera edar beras putih tempatan
Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) menggesa Bahagian Kawal Selia Padi Dan Beras segera mengedarkan beras putih tempatan ke pasar raya di seluruh negara.
Kerajaan dicadang wujudkan hanya satu gred tunggal beras putih
Langkah itu penting untuk memastikan tiada sebarang manipulasi di peringkat pemborongan.
BERNAS sokong usaha kerajaan pastikan bekalan beras mencukupi
BERNAS menyalurkan sebanyak 630,000/TM dari Januari hingga Ogos 2023 iaitu peningkatan 38 peratus.
Kenaikan harga beras import: Permintaan beras putih tempatan meningkat
Katanya, kenaikan harga beras putih import menyebabkan pengguna kini lebih cenderung membeli beras putih tempatan.
NGO saran kerajaan mansuh penggunaan label beras import dan tempatan
Katanya, label beras SST dan SSI membuka ruang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.