awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan tambang: Syarikat perkhidmatan e-hailing dipanggil beri penjelasan - Menteri

Bernama
Bernama
22/05/2022
15:00 MYT
Kenaikan tambang: Syarikat perkhidmatan e-hailing dipanggil beri penjelasan - Menteri
Ka Siong berkata pihaknya telah mengarahkan pengurusan tertinggi memanggil syarikat terbabit untuk memberi penjelasan segera berhubung perkara itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan sedang meneliti dan berbincang dengan syarikat perkhidmatan e-hailing berhubung aduan serta rungutan orang ramai mengenai kenaikan kadar tambang yang dikatakan semakin mahal sehingga membebankan pengguna.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata pihaknya telah mengarahkan pengurusan tertinggi memanggil syarikat terbabit untuk memberi penjelasan segera berhubung perkara itu.
"Kalau dikatakan RM20 jadi RM70 dalam keadaan sekarang ia dilihat membebankan rakyat, jadi saya rasa sebagai penggubal dasar, kita akan melihat sama ada mana-mana pihak mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan.
"Saya juga telah minta Agensi Pengangkutan Awam Darat tengok balik, minta syarikat terangkan dan bagi penjelasan apa sebenarnya berlaku, saya jangka dalam sehari dua syarikat patut terangkan barulah kita boleh lihat dari segi apa patut kita buat sama ada galakkan saingan lebih banyak," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan lif dan eskalator di stesen LRT Ampang Park hari ini.
Beliau juga berkata kementerian itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat yang dikesan cuba mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan dengan meningkatkan harga atau memanipulasi kadar tambang e-hailing.
Tambang perkhidmatan itu dilaporkan meningkat hingga 400 peratus pada waktu puncak sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna dan beberapa pihak lain kerana disifatkan tidak masuk akal sekali gus menggesa campur tangan kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pengangkutan
#Wee Ka Siong
#kenaikan tambang
#e-hailing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan