NATIONAL

Kenaikan tangga gaji, gaji minimum RM1,200 untuk penjawat awam mulai 1 Julai

Nurulhana Ismail 30/06/2016 | 12:35 MYT
Najib berharap kenaikan tersebut akan membakar semangat mereka untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan cemerlang. -Gambar fail
Mulai esok, kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum RM1,200 akan dilaksanakan bagi semua penjawat awam berbanding RM837 sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi akaun rasmi Facebook dan Twitternya berkata kenaikan itu bukti kerajaan tetap meletakkan kepentingan dan kebajikan rakyat sebagai yang paling utama.



An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tambahnya lagi kerajaan menghargai usaha dan kerja keras penjawat awam meskipun berdepan tohmahan dan pelbagai fitnah, terutamanya mengenai keadaan kewangan kerajaan dan negara.

Beliau turut berharap kenaikan tersebut akan membakar semangat mereka untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan negara dengan cemerlang.

#gaji minimum #kewangan kerajaan #Najib Razak #penjawat awam