MALAYSIA
Kenaikan tarif kepada Malaysia keputusan Trump - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul menegaskan bahawa Malaysia tidak akan berkompromi dalam isu perundangan domestik dan berharap kadar tarif dapat dikurangkan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif import kepada 25 peratus yang dikenakan terhadap Malaysia adalah keputusan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ringkasan AI
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) juga tidak memberikan penjelasan mengenai “alasan” kenaikan sebanyak satu peratus terhadap Malaysia.
“Itu kena tanya USTR, dan kita dah tanya dia pun tak ada jawapan kerana ini terpulang kepada Trump.
“Seperti Jepun juga tanya kenapa tiba-tiba naik satu peratus. Tetapi kita terima dalam konteks perbincangan.
“Satu peratus itu masih rendah berbanding negara seperti Thailand, Indonesia dan sebagainya.
“Yang penting, ini belum efektif lagi sehingga 1 Ogos dan kita akan teruskan rundingan,” katanya dalam sidang media di Menara MITI di sini pada Rabu.
Tengku Zafrul menambah perbincangan dengan AS tidak hanya berkisar tentang tarif, sebaliknya melibatkan pelbagai aspek termasuk perundangan dalam negara.
“Undang-undang yang penting untuk negara kita dan kita tak boleh berkompromi.
“Oleh itu, kita perlu melihat secara keseluruhan dan seperti saya sebut tadi, kalau boleh kita nak kurangkan bawah 25 peratus dan lantainya ialah 10 peratus,” katanya.
Antara negara yang akan menghadapi tarif 25 peratus ialah Jepun, Korea Selatan, Tunisia, Kazakhstan.
Manakala, kadar lebih tinggi akan dikenakan terhadap negara lain seperti Afrika Selatan dan Bosnia & Herzegovina (30 peratus); Serbia dan Bangladesh (35 peratus); serta Kemboja dan Thailand (36 peratus).
AS mengenakan tarif lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas barang dan semua produk Malaysia yang dieksport ke negara itu, berkuat kuasa 1 Ogos tahun ini, berasingan daripada semua tarif sektor.
Angka tersebut merupakan satu peratus lebih tinggi berbanding dengan tarif yang diumumkan pada April lalu.
Ringkasan AI
- Presiden Donald Trump menetapkan tarif import 25% ke atas semua produk Malaysia, berkuat kuasa 1 Ogos, tanpa penjelasan rasmi daripada USTR mengenai kenaikan tambahan 1%.
- MITI teruskan rundingan dengan AS, menegaskan bahawa Malaysia tidak akan berkompromi dalam isu perundangan domestik dan berharap kadar tarif dapat dikurangkan ke bawah 25%, dengan lantai 10%.
- Negara lain turut terkesan termasuk Jepun, Korea Selatan, Tunisia dan Kazakhstan (25%), manakala Thailand, Kemboja dan beberapa negara lain dikenakan tarif lebih tinggi sehingga 36%.