Kenaikan tol: Azmin arah dua syarikat negeri beri penjelasan

Ashwad Ismail
Oktober 14, 2015 08:06 MYT
Menurut Az,in, PKNS dan KPS perlu memberi taklimat kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) esok. - Gambar Fail
Kerajaan Selangor mengarahkan dua syarikat miliknya memberi penjelasan berhubung kenaikan tol di dua lebuh raya, KESAS dan Damansara-Puchong (LDP).
Ini kerana, dua syarikat terlibat, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) mempunyai kepentingan minoriti di dalam dua lebuh raya itu.
Menurut Menteri Besar Azmin Ali, PKNS dan KPS perlu memberi taklimat kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) esok.
"Saya sudah minta PKNS dan Kumpulan Perangsang yang masing-masing ada kepentingan minoriti dalam Kesas dan LDP untuk hadir ke MTES esok," kata Azmin dalam melalui laman Twitternya.

Saya telah minta PKNS dan Kumpulan Perangsang yang masing masing ada kepentingan minoriti dalam KESAS dan LDP untuk hadir ke MTES esok.

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) October 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
PKNS memiliki 30 peratus daripada Lebuhraya KESAS, manakala KPS pula memiliki 20 peratus kepentingan dalam Lebuh raya SPRINT dan LDP.
"MTES akan meneliti maklum balas daripada PKNS dan KPS. Dasar kerajaan negeri adalah jelas membantah sebarang kenaikan tol yang membebankan rakyat," tambah Azmin dalam siri tweetnya itu.

MTES akan meneliti maklumbalas dari PKNS dan KPS. Dasar Kerajaan Negeri adalah jelas membantah sebarang kenaikan tol yang membebankan Rakyat

— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) October 14, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mulai esok, 18 syarikat konsesi lebuh raya akan mengenakan kadar baharu bagi laluan tol.
#KESAS #KPS #LDP #lebuh raya #PKNS #tol