KUANTAN: Keluarga mangsa kemalangan, Muhammad Akmal Hakim Misnan, 22, yang maut dirempuh pemandu mabuk akan mengambil tindakan undang-undang kerana mahu pelaku dikenakan tindakan setimpal.
Kakak mangsa, Nur Suhaili Misnan, 31, berkata, mereka sekeluarga reda dengan kejadian itu namun hati masih tidak tenang selagi pelaku tidak dijatuhi hukuman.
Menurutnya, perbuatan pelaku memandu dalam keadaan mabuk sengaja mengundang kecelakaan kepada orang lain.
"Kami masih tidak percaya perkara ini berlaku pada adik saya.
"Nyawa adik saya tidak boleh diganti dan saya sekeluarga mahu pelaku dikenakan hukuman setimpal di atas perbuatannya," kata Nur Suhaili.
"Perbuatan pelaku itu mengheret mereka yang tidak berdosa dengan kesalahannya.
"Saya pasti akan ambil tindakan saman untuk memberi pengajaran kepada pelaku," katanya ketika dihubungi pada pagi Rabu.
Pada Isnin, motosikal yang ditunggangi arwah dirempuh oleh kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu seorang lelaki mabuk dalam kejadian di Jalan Sungai Lembing, kira-kira jam 1.10 pagi.
BACA: Pemandu mabuk rempuh penunggang motosikal ditahan
Anak keenam dari tujuh beradik itu bekerja di sebuah di sebuah kilang di kawasan perindustrian Gebeng di sini disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan pada bahagian kepala.
Mangsa ketika itu dalam perjalanan dari membaiki motosikal di rumah kawannya di Indera Mahkota menghala ke rumah ahli keluarganya di Kampung Padang.
Menurutnya, arwah sepatutnya bekerja pada hari terbabit namun tidak dapat bekerja kerana mengalami luka-luka akibat terjatuh motosikal sebelum berlaku kemalangan maut itu.
"Pada Ahad, arwah ada menghubungi saya untuk memberitahu yang dia ke rumah kawannya untuk membaiki motosikal dan akan pulang setelah siap kerja-kerja membaiki.
"Bagaimanapun saya terkejut apabila mendapat tahu adik saya meninggal dunia dilanggar pemandu mabuk awal pagi Isnin," katanya.
Dia memberitahu, arwah tidak sempat bertemu dengan ibu, Janhnilawati Abdullah Sani,55, walaupun berulang kali menyatakan kerinduan itu kepada rakannya.
Nur Suhaili merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik mengakui melihat banyak perubahan sikap Muhammad Akmal Hakim yang dilihat kurang gemar bergambar.
Katanya, malah arwah banyak memadam banyak gambar yang dimuatnaik di dalam laman sosial.
"Kalau sebelum ini, arwah suka sangat bergambar, tapi sejak beberapa hari lalu saya tengok (arwah) memadam gambarnya di Facebook, Instagram dan kerap menyatakan kerinduan terhadap ibu.
"Rupanya itu adalah petanda untuk tinggal saya sekeluarga," katanya.
Sinar Harian
Wed Mar 03 2021

Norliana, 24, menyiram air di pusara Muhammad Akmal Hakim diperhatikan ahli keluarga selepas majlis pengebumian selesai di Tanah Perkuburan Keratong 4, di Rompin. Gambar kecil: Muhammad Akmal. -Sinar Harian

AWANI Ringkas: Elak gelombang keempat COVID-19 | Bazar boleh diarah tutup bila-bila masa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki dibunuh, mayat ditinggal dalam kebun getah
Seorang lelaki ditemui mati dengan beberapa kesan kecederaan dipercayai dibunuh dalam sebuah kebun getah di Kampung Banggol Batu.

COVID-19: Australia sahkan individu kedua alami darah beku selepas suntikan AstraZeneca
Australia mengesahkan individu kedua telah didiagnosis dengan masalah darah beku selepas menerima vaksin COVID-19 AstraZeneca.

AWANI Ringkas: Nilai R Naught meningkat | Pelajar Malaysia selamat dikebumi

COVID-19: Kes positif global melebihi 137.05 juta, kematian lebih 2.95 juta
Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.32 juta kes positif diikuti India dan Brazil.

AS tangguh penggunaan vaksin J&J susulan kes pembekuan darah
Ini bagi memberi ruang siasatan berkaitan laporan wujudnya masalah pembekuan darah kesan daripada penggunaan vaksin tersebut.

CEV: Pelumba ZK Racing azam sekat dominasi Jepun
Lima kejayaan podium yang diraih di Qatar menggambarkan betapa kedua-duanya mahu terus menggegar.

Kelompok pertama vaksin atlet berjalan lancar
Daripada jumlah itu, 35 orang merupakan atlet Paralimpik dan 93 orang pula adalah atlet negara yang sudah dan dalam bayangan layak ke Sukan Olimpik Tokyo.

Tentera AS bakal berundur dari Afghanistan 11 Sept depan
Amerika Syarikat bakal mengundurkan tenteranya dari Afghanistan menjelang 11 September depan.

ICERD: Saya bukan menteri bertanggungjawab - Saifuddin Abdullah
ICERD terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan pernah diucapkan Dr Mahathir di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2018.

Setahun Malaysia Prihatin: Pindaan akta beratkan hukuman pemandu mabuk kejayaan terbesar MOT
Ka Siong berkata, Akta 333 berjaya dibentangkan ke peringkat Jemaah Menteri dalam tempoh 100 hari Perdana Menteri memimpin negara.

Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian Muhammad Akmal
K Mandave Singh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Izzati Zakaria.

Keluarga mangsa pemandu mabuk tuntut pembelaan setimpal
Perbuatan pelaku memandu dalam keadaan mabuk sengaja mengundang kecelakaan kepada orang lain.

Pemandu mabuk rempuh penunggang motosikal ditahan
Suspek berusia 26 tahun ditahan di rumahnya di Kampung Padang beberapa jam selepas kejadian.

Pemandu mabuk, kekasih rempuh sekatan jalan raya ditahan
Apabila dihampiri, suspek tersebut terus memecut kenderaannya merempuh sekatan jalan raya (SJR) dan hampir melanggar dua anggota polis bertugas untuk melarikan diri.

Anggota polis maut dilanggar kereta dipandu lelaki mabuk
Suspek yang berusia 58 tahun kini ditahan dan hasil saringan ujian nafas EBA II didapati positif alkohol serta melebihi had yang dibenarkan.

Garis panduan baharu DBKL mampu kurangkan kes berkaitan arak - Firdaus Wong
Tindakan melarang kedai runcit dan kedai serbaneka menjual produk minuman keras mulai 1 Oktober tahun depan bukan untuk mengehadkan hak masyarakat bukan Islam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemandu mabuk pertama didakwa di bawah akta pindaan baharu
Tertuduh, Saw Yen Yew, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol Ahad lepas sebaik pertuduhan dibacakan.

Sembilan pemandu mabuk didakwa mengikut pindaan akta baharu
Pindaan baharu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000, penjara sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen selama dua tahun.