DREBAR

Kenali XLR8! ‘King of Clubs’ – kelab-kelab kereta bertanding untuk jadi juara

Astro Publication 01/10/2015 | 04:05 MYT
Aktiviti kelab-kelab kereta selalunya berkisar benda-benda yang sama: TT dan konvoi. Satu kumpulan kecil juga ada anjurkan ‘track day’. Tetapi semuanya melibatkan sesama ahli-ahli kelab sahaja. Tidak pernah lagi satu kelab ‘bertarung’ dengan kelab yang lain.
Tetapi itulah sebab mengapa acara ‘King of Clubs’ (KOC) diadakan – untuk mencari satu kelab yang mengatasi yang lain menerusi beberapa aktiviti berkaitan yang dipertandingkan. Ia sekadar suka-suka, tetapi pada waktu sama persaingan yang wujud memang sengit!
Tahun ini KOC diadakan serentak dengan XLR8 di Hotel Pullman pada 3 & 4 Oktober 2015. Anda dapat lihat kelab-kelab kereta dari jenama Eropah dan Jepun bersaing untuk menjuarai KOC kali ke-2 ini. Semuanya akan berlaku antara 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Dibawa kepada anda oleh: mymotor.com.my, Kurnia Insurans
Dikuasakan: myeg
# #XLR8