DREBAR

Kenali XLR8! ‘Tarmac Warriors’ – Mercedes 265hp di tangan Karamjit Singh!

Astro Publication 02/10/2015 | 04:59 MYT
Nama Karamjit Singh memang tidak asing lagi bagi peminat sukan bermotor di Malaysia. Namun tak ramai yang berpeluang untuk melihat sendiri aksi beliau memandu.
Bak kata orang, itu semua boleh ‘settle’ kalau anda datang ke XLR8 kerana Karamjit Singh sendiri akan membuat persembahan khas dan menunjukkan skil memandu yang bertaraf dunia. Jentera yang dipilih adalah beberapa buah Mercedes – semuanya daripada ‘keluarga’ 45 AMG. Dengan output kuasa sehingga 265hp dan tork berjumlah 450Nm, ia pasti akan menghangatkan suasana.
Jadi datanglah ke XLR8 pada 3 dan 4 Oktober 2015 nanti dan saksi sendiri kecekapan memandu Karamjit Singh.
Jumpa di sana!
# #XLR8