"Memang ada segelintir pegawai kerajaan yang mengharapkan imbuhan dari program-program yang ditawarkan kepada buskers di samping ingin mendapat nama dan 'tunjuk buat kerja' tanpa ada keikhlasan dalam berperanan sebagai seorang kakitangan yang komited."
Pendedahan itu dibuat Presiden Kelab Penghibur Jalanan Malaysia (MYBC) Wady Hamdan yang dilihat kemuncak kepada rasa tidak puas hati kerana pemuzik jalanan atau buskers yang kerap diperdaya oleh sesetengah agensi kerajaan yang meminta mereka membuat persembahan namun tidak menerima habuan setimpal.
Kata Wady, apabila perkara sedemikian terjadi, imej dan kredibiliti mereka akan tercemar sekali gus melunturkan semangat untuk memberi kerjasama dan memastikan sokongan berjalan lancar.
"Saya berharap agar sikap pegawai seperti ini dapat dipantau secara serius dan diambil tindakan agar tidak menjejaskan pembentukan agenda yang baik untuk negara.
"Kita akan terus lebih berani dalam menyampaikan suara sesuatu komuniti. Kerajaan juga perlu terus memastikan semua agensi di bawah faham tanggungjawab mereka," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Antara persembahan buskers yang mendapat sambutan hangat masyarakat - Gambar hiasan
Wady mengulas masalah yang melanda beberapa buskers di bawah naungan MYBC yang dikatakan ditindas beberapa agensi kerajaan dalam isu bayaran persembahan.
Sebelum ini, Wady dilaporkan berkata, buskers bukan peminta sedekah dan mahu masyarakat melihat mereka sebagai seniman jalanan selain tidak terpalit dengan persepsi sebagai penagih dadah.
Wady turut memberi amaran tidak lagi mampu bertolenrasi sekiranya segala gerak kerja bersama mana-mana jabatan atau agensi kerajaan, menimbulkan masalah atas sikap negatif kerana tidak memperoleh imbuhan atau kepentingan.
"Kita tidak akan teragak-agak untuk memohon kerjasama polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu sekiranya ada salah laku yang mencurigakan.
"Kita sudah terlalu penat dengan sikap seperti ini dan seringkali merasa dianiaya pihak pegawai kerajaan yang tidak bertanggungjawab," ujarnya.
Wady turut mencadangkan kerajaan membentuk satu format maklum balas kerjasama agar pihak yang bekerjasama dapat membuat penilaian.
"Ia merangkumi prestasi dan kerjasama yang diberikan kakitangan kerajaan yang terlibat dalam sesuatu program atau projek.
"Saya lihat perlu diajukan laporan kepada satu badan khas yang dibentuk bagi menilai prestasi pegawai dan kakitangan kerajaan.
"Cara ini mampu melahirkan sikap yang lebih profesional dan komited dikalangan jentera kerajaan agar lebih efisyen," jelasnya.
Wady (kanan sekali) mengakui ada buskers pernah melalui saat getir tidak menerima bayaran pada masa yang ditetapkan - Gambar fail
Katanya lagi, beberapa buskers di bawah naungannya pernah melalui saat getir seperti tidak menerima bayaran program di bawah pihak kerajaan.
"Ada buskers tidak menerima bayaran dalam tempoh yang lama dan pernah dimanipulasi oleh segelintir pegawai kerajaan. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi termasuk kerenah dari pelbagai sudut. Tidak semuanya adalah kejayaan mudah.
"Saya tidak dapat menerima sikap segelintir pegawai kerajaan yang tidak mampu bekerja dengan ikhlas, jujur dan amanah dalam memastikan perjalanan sesuatu agenda itu dalam keadaan telus dan bersih walaupun tahu mereka juga adalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.
"Apabila kesilapan dikenal pasti, mereka tidak membantu dalam menyelesaikan permasalahan. Maka, pihak kedua seperti buskers akan dibebani segala kesulitan dan diletakkan sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab," katanya.
Jelasnya, MYBC kini berperanan untuk menaik taraf aktiviti busking tempatan ke arah lebih standard dan menuju sebagai satu 'Kuasa Jalanan' yang berupaya membentuk industri mampu maju negara.
"Selama hampir tiga tahun, MYBC berjaya menyatukan hampir 9,000 ahli di seluruh negara untuk berada di bawah satu bumbung dan pertumbuhan komuniti buskers di setiap negeri semakin bertambah.
"Ia dilihat kerana keyakinan terhadap penerimaan masyarakat dan juga mampu memperoleh pendapatan lumayan," ujarnya.
Caliph Buskers pernah megejutkan dunia seni negara dengan kemenangan persembahan terbaik pada Anugerah Juara Lagu - Gambar fail
Salah satu kumpulan buskers, Caliph Buskers secara tiba-tiba menjadi trending di media sosial setelah terlibat dalam persembahan bersama Mojo di Anugerah Juara Lagu 29 Januari lepas..
Kehadiran kumpulan pemuzik jalanan tersebut yang terdiri daripada golongan insan istimewa cacat penglihatan telah mengejutkan banyak pihak dan mengundang pelbagai reaksi yang luar biasa.
Wan Syamsul Amly
Thu Apr 16 2015
MYBC: 'Kenapa ada pegawai kerajaan makan komisyen dari persembahan buskers?' - Gambar fail
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Busker sambut baik kebenaran kerajaan berkarya dalam normal baharu
Golongan busker atau pemuzik jalanan turut menerima berita gembira apabila dibenarkan menjalankan aktiviti mulai 10 Jun ini.
Dari Dendam Aurora ke Syurga Yang Kedua, Astro Prima janji terus saji drama terbaik
Selepas drama Dendam Aurora melabuhkan tirai, Astro Prima meneruskan sajian drama hebat dengan adaptasi sinetron, Syurga Yang Kedua lakonan Zaul Husin, Fasha Sandha dan Siti Elizad.