KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin melontarkan pertanyaan ‘kenapa ada pihak tertentu yang enggan membenarkan penanaman ketum dan hemp’ untuk tujuan eksport dan perubatan.
Malah, beliau juga tertanya-tanya walaupun tanaman ketum dan hemp itu dapat membantu ekonomi rakyat dan negara yang sekian lama berhadapan masalah ekonomi sejak COVID-19 melanda negara, namun ramai yang masih melihat langkah itu dari sudut yang negatif.
Jelasnya, cadangan tanaman ketum dan hemp untuk tujuan eksport dan seterusnya bagi perubatan, haruslah dilihat secara positif.
“Kalau kita fikir secara positif, memang banyak kebaikannya.
“Pertama ia adalah untuk tujuan eksport dan seterusnya perubatan. Selain itu, ia dapat meningkatkan pendapatan ekonomi pekebun dan petani. Juga seterusnya dapat membantu ekonomi negara kerana tanaman berkenaan dapat memberi nilai yang tinggi iaitu berbilion ringgit.
“Namun , saya hairan kenapa cadangan ini tidak mahu diluluskan oleh sesetengah pihak.
“Kita bukan suruh orang minum air ketum dan hemp. Oleh itu, kerajaan harus melihat bahawa cadangan itu adalah untuk eksport dan perubatan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum berhubungan cadangan ketum dan hemp hasil dari Forum Awam berkaitan tanaman berkenaan yang telah diadakan baru-baru ini.
Zahidi berkata, memorandum tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri selain kepada Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kesihatan.
Di samping itu kata beliau, pihaknya dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan kerajaan termasuk Pusat Racun Negara akan bertemu dengan Ahli-ahli Parlimen secara berperingkat untuk menjelaskan tujuan tanaman ketum dan hemp bagi eksport dan perubatan.
“Minggu depan saya akan serahkan memorandum ini kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Kesihatan.
“Minggu berikutnya kita akan bertemu dengan Ahli-ahli Parlimen bagi menjelaskan cadangan ketum dan hemp ini secara manfaat kepada rakyat dan negara.
“Tujuan kita supaya petani dan pekebun dapat menambah pendapatan mereka. Rakyat sedang susah. Saya sedar rakyat sedang susah. Saya pun datang dari keluarga yang susah. Sebab itu saya harap langkah tanaman ketum dan hemp untuk tujuan eksport seterusnya bagi perubatan dapat dilaksanakan kerana ia dapat meningkatkan pendapatan rakyat,” katanya.
Zahidi berkata, untuk membolehkan tanaman ketum dan hemp direalisasikan, akta berkaitan perlulah dipinda di Parlimen.
“Sebab itu kita perlu memberi penjelasan kepada Ahli-ahli Parlimen. Kita perlukan sokongan semua Ahli Parlimen,” katanya.
Beliau berkata, adalah sesuatu yang merugikan rakyat dan negara apabila pendapatan hasil ketum dan hemp itu direbut oleh negara-negara luar hingga berbilion ringgit.
“Sebelum ini memang ada negara baraat yang meminta negara kita eksport ketum tapi akta sedia ada melarang berbuat demikian. Akhirnya ada orang dari negara jiran yang memenuhi permintaan negara bara itu.
"Hasilnya orang yang menyediakan tanaman ketum itu untuk eksport kini sudah jadi bilionair. Yang rugi orang kita.
“Kita harap kerajaan dapat laksanakan langkah tanaman ketum dan hemp ini dengan kawalan yang ketat. Kita boleh lakukan kawalan yang ketat. Yang penting ia untuk eksport dan perubatan.
“Malah, tanaman berkenaan dari kajian pelbagai pihak termasuk Pusat Racun Negara sebenarnya amat berguna dalam menyelesaikan masalah penagihan dadah.
“Pusat Racun Negara telah membuat kajian. Malah ada universiti tempatan juga telah membuat kajian sama. Tanaman ini berguna dalam menyelesaikan masalah penagihan dadah.
“Kerajaan sudah tubuhkan Pusat Racun Negara dan pusat berkenaan mendapati bahawa tanaman tersebut berguna dalam menyelesaikan masalah penagihan dadah, maka kita kena yakinlah. Jika kita tidak yakin dengan Pusat Racun Negara yang telah membuat kajian, maka tak perlulah kita tubuhkan pusat berkenaan,” katanya.
Astro Awani
Tue Mar 22 2022

Menurut Zahidi, cadangan tanaman ketum dan hemp untuk tujuan eksport dan seterusnya bagi perubatan, haruslah dilihat secara positif. - fotoBERNAMA

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.