LANGKAWI: Sejak beberapa hari lalu, kisah pelanggan yang mendakwa menjadi mangsa ‘cekik darah’ sebuah restoran di pulau peranginan Langkawi menjadi tular di media sosial.
Berdasarkan dakwaan yang dibaca di media sosial, pelanggan berkenaan berkongsi cerita terpaksa membayar RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap dengan berat sekitar tujuh kilogram.
Seperti yang dapat dijangka, perkongsian itu mendapat perhatian netizen.
Rata-rata netizen menyebelahi pelanggan berkenaan dan menyifatkan tindakan pemilik restoran menjual hidangan ikan siakap pada harga sedemikian sebagai melampau.
Memahami sentimen orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu selain menghamburkan kata-kata kurang manis, pemilik restoran berkenaan tampil mempertahankan diri.
Menurut pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa, ada sebab kenapa hidangan harga ikan berkenaan dijual pada harga RM1,196.
Katanya, selama 11 tahun diternak, ikan siakap itu diberi makan ikan kecil yang segar dan bukannya dedak seperti ikan komersial lain.
“Kita tak bagi makan dedak, kita bagi ikan kecil yang dibeli daripada nelayan lain yang baru ditangkap kepada ikan-ikan yang dibela di dalam sangkar di sini.
“Bayangkan 11 tahun saya bela ikan tu, berapa banyak kos untuk ikan tu? Berapa ratus kilogram yang ikan itu sudah makan, tak mungkin saya nak jual dengan harga seperti ikan yang seberat dua kilogram?” katanya kepada wartawan ketika ditemui di restoran tersebut di Taman Geoforest Karst Kilim di sini, hari ini.
Selepas menerima tempahan dan sebelum ikan berkenaan dimasak, pelanggan berkenaan, kata Norasyikian, sudah dimaklumkan berulang kali bahawa ikan siakap yang diingini itu adalah ikan pameran dan berusia 11 tahun.
Bahkan, dalam masa sama, Norasyikin juga mencadangkan ikan yang lebih kecil sekitar 1.5 kilogram dengan harga RM16 bagi setiap 100 gram.
Bagaimanapun, pelanggan itu, jelas Norasyikin, bertegas mahukan ikan siakap tersebut.
Norasyikin juga amat yakin, pelanggan tersebut telah dengan jelas mengetahui nilai ikan tersebut sebelum dijadikan hidangan.
“Dia ambil satu ikan saja sebab saya cadangkan ambil satu ikan sebab ikan itu terlalu besar saiznya.
“Saya beritahu dan ingatkan dia sampai ke meja makan encik jangan ambil ikan itu terlampau besar kalau dah besar ambil satu cukup, tapi dia beranggapan saya seolah-olah tidak mahu jual pula,” kata Norasyikin mempertahankan dirinya.
Menurut Norasyikin, ikan siakap yang diternak itu dipelihara dan dijaga seelok mungkin selain dipastikan kawasalan keselamatannya juga berada di kedudukan tertinggi.
Dalam aspek itu, pengawal keselamatan, jelasnya, diupah bagi memastikan ikan yang dibela tidak dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab kerana kawasan sangkar tersebut adalah sangat gelap apabila malam tiba.
Norasyikin juga berkata, ini bukan kali pertama dia menjual ikan yang bersaiz besar daripada biasa kepada pengunjung yang datang ke restorannya.
“Kalau ada permintaan oleh pelanggan, saya tetap menjual ikan tersebut, tetapi saya tetap akan maklumkan ikan tersebut adalah sangat besar berbanding ikan lain yang mempunyai berat sekitar 800 gram (g) ke dua kilogram.
“Sebelum ini, pelanggan yang menempah ikan tersebut bersetuju apabila dimaklumkan mengenai saiz ikan dan tidak pernah timbul masalah seperti ini,” kata Norasyikin lagi.
Sementara itu, sepasukan empat pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan langkawi mengambil masa lebih tiga jam melakukan siasatan di lokasi kejadian serta mengambil keterangan daripada Norasyikin.
Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Abdul Rafar Wahid, satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat insiden tersebut.
Salim Aziz
Fri Nov 05 2021

Resit pembayaran beserta perincian harga makanan yang tular di media sosial sehingga mencetus perdebatan panjang. - Gambar media sosial

280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air akibat banjir di Baling
Sebanyak 280,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di tiga daerah terjejas akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Politik Britain | Seorang lagi menteri Kabinet UK letak jawatan
Sehari selepas peletakan jawatan Menteri Kewangan, Rishi Sunak dan Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid. Seorang lagi menteri Kabinet Kanan, Menteri Kanak-Kanak dan Keluarga United Kingdom (UK), William Quince meletak jawatan.

Banjir | Paras air meningkat di beberapa kawasan
Peralihan angin monsun membawa banjir di beberapa kawasan di seluruh dunia. Sekali gus menjejaskan kehidupan penduduk di kawasan terlibat. Antara terkesan, Jepun, Australia dan Serbia. Kita ikuti rangkuman ini.

COVID-19 | Beijing wajibkan suntikan vaksin sebelum masuk tempat sesak
Bermula Isnin depan, China mewajibkan individu yang layak menerima vaksinasi COVID-19 untuk mendapatkan suntikan sebelum memasuki tempat sesak di Beijing. Republik itu adalah yang pertama memperkenalkan mandat itu berikutan berdepan dengan kes sporadik baharu.

Kenapa ikan siakap di Langkawi dijual pada harga RM1,196 seekor? Ini penjelasan pemilik restoran...
Apa istimewa ikan siakap di Langkawi sehingga harganya selepas dimasak dijual pada harga RM1,196? Ini jawapannya...