awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia: Semangkuk sup bersama Chong Wei suntik semangat Kunlavut
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenapa jual 30 peratus saham kepada penyokong Israel? - Tun Mahathir

Sinar Harian
Sinar Harian
20/06/2024
06:00 MYT
Kenapa jual 30 peratus saham kepada penyokong Israel? - Tun Mahathir
Menurut Dr Mahathir, keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan MAHB didakwa mempunyai agenda tersendiri.- Gambar fail/Astro AWANI
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas keputusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) yang berhasrat menjual 30 peratus saham mereka kepada firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.
Menurutnya, pada tahun 2023, MAHB telah memperoleh keuntungan yang sangat tinggi iaitu RM543 juta.
“Apabila saya mendengar MAHB akan menjual sahamnya, sangkaan saya ialah MAHB rugi. Kenapa nak jual 30 peratus kepada syarikat Amerika yang menyokong Israel?
“Sekarang saya dapat tahu bahawa MAHB untung sebanyak RM543 juta bagi tahun 2023.Tak banyak syarikat yang dapat untung seperti ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Khamis.
Sebelum ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel, memiliki pegangan dalam MAHB.
Beliau turut menekankan BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki rakyat Israel.
Mengulas lanjut, menurut Dr Mahathir, keputusan yang dibuat oleh pihak pengurusan MAHB didakwa mempunyai agenda tersendiri.
“Saya tak faham. Mungkin juga ada udang di sebalik batu?” katanya.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Malaysia Airports Holdings Berhad
#Israel
#BlackRock
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan