[TERKINI] Syed Saddiq Dilepas dan Dibebaskan | Mahkamah Rayuan Ketepikan Sabitan Kes Dana Armada – Klik untuk Laporan Penuh
NATIONAL

"Kenapa layan Perdana Menteri macam ini?" - Nga Kor Ming

Astro Awani 18/03/2022 | 09:50 MYT
Gambar itu tular di media sosial dan dirakamkan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU2021) dengan beberapa pemimpin Umno dilihat bergambar sambil berdiri di atas karpet merah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mempersoalkan tindakan UMNO yang membiarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berdiri di atas simen dan bukannya di atas karpet merah sama.
Gambar itu tular di media sosial dan dirakamkan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2021 (PAU2021) dengan beberapa pemimpin Umno dilihat bergambar sambil berdiri di atas karpet merah.
"Kawan saya di UMNO hantar gambar ini kepada saya. Mereka merungut penjenayah rasuah 1MDB atas karpet merah, sebaliknya Perdana Menteri pula atas lantai simen.
"Kenapa layan Perdana Menteri macam ini?" katanya menerusi hantaran di Twitter beliau.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Nga Kor Ming #ismail sabri yaakob #UMNO #PAU 2021