[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

'Kenapa saya ceria, saya maafkan semua musuh saya sebelum tidur...' - Nasihat Salahuddin

Astro Awani 23/07/2023 | 16:13 MYT
Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, hal tersebut membolehkan Timbalan Presiden Amanah itu mampu reda dan ceria dalam kehidupannya setiap hari. - Twitter/SimTzeTzin
KUALA LUMPUR: Tabiat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub mendoa dan memaafkan semua musuh dan orang yang menyakitkan hati sebelum tidur dikongsi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.
Tze Tzin berkata, hal tersebut membolehkan Timbalan Presiden Amanah itu mampu reda dan ceria dalam kehidupannya setiap hari.
"Itu ajaran bekas 'boss' saya Datuk Seri Salahuddin Ayub. Jasamu dikenang.
"Semoga 'boss' reda di sana. Al-Fatihah," katanya menerusi ciapan di Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Salahuddin meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam Ahad setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak pada usia 61 tahun.
Salahuddin meninggalkan seorang balu, Datin Seri Fatimah Taha, dan enam orang anak.
#Salahuddin Ayub #Salahuddin meninggal dunia #Ahli Parlimen Bayan Baru #memaafkan musuh