awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
Bosan akibat kesesakan antara punca lorong kecemasan disalah guna
MINDEF arah ATM siasat dakwaan budaya tidak bermoral dalam kem tentera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan bawa vaksin COVID-19 terbabas langgar babi

Sinar Harian
Sinar Harian
25/07/2021
22:18 MYT
Kenderaan bawa vaksin COVID-19 terbabas langgar babi
Kenderaan petugas Kesihatan terbabas selepas melanggar babi yang melintas di Kilometer 10 jalan Pekan-Batu Balik pada jam 9 pagi, Rabu. -Foto Sinar Harian
KUANTAN: Sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Kesihatan Daerah Pekan terbabas ketika dalam perjalanan menghantar bekalan vaksin ke Klinik Kesihatan Chini di Pekan akibat terlanggar babi, kira-kira jam 9 pagi, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, bagaimanapun pemandu kenderaan itu yang berusia 46 tahun dan seorang pegawai farmasi berusia 39 tahun tidak cedera dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Pekan-Batu Balik itu.
"Ketika kejadian, kenderaan pacuan empat roda berkenaan diiringi kereta peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan menghala ke Klinik Kesihatan Chini untuk menghantar bekalan vaksin Covid-19.
"Kenderaan terbabit mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan tepi dan sudah dihantar ke unit kenderaan Jabatan bagi tujuan pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pada malam Sabtu, tular satu rakaman video di laman sosial mengenai kenderaan dinaiki petugas kesihatan terbabas selepas melanggar seekor babi melintas.
Menurut Mohd Zaidi, laporan kejadian itu sudah dibuat oleh pemandu tersebut kira-kira jam 1.30 petang pada hari sama.
Artikel asal di Sinar Harian: Kenderaan bawa vaksin Covid-19 terbabas langgar babi
Topic Berkaitan
#4WD terbabas
#kenderaan bawa vaksin
#Klinik Kesihatan Chini
#langgar babi
#kemalangan
#bekalan vaksin
#Mohd Zaidi Mat Zin
#IPD Pekan
#pegawai farmasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan