awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya pada Sabtu, Ahad

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
08/06/2019
09:10 MYT
Kenderaan berat dilarang masuk lebuh raya pada Sabtu, Ahad
Larangan itu bagi mengurangkan kesesakan terutamanya di laluan-laluan mendaki. -Gambar fail
Kenderaan berat dilarang memasuki semua lebuh raya pada hari ini (8 Jun) dan esok (9 Jun).
Syarikat konsesi lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang mengesahkan larangan oleh Kementerian Pengangkutan itu berkata langkah tersebut adalah antara usaha mengurangkan kesesakan terutamanya di laluan-laluan mendaki.
“Pergerakan trafik dari Utara ke Kuala Lumpur adalah perlahan di Seberang Perai, Taiping ke Changkat Jering serta di kawasan mendaki dari Terowong Menora ke Ipoh.
“Pergerakan trafik juga perlahan di laluan mendaki di Gua Tempurung, Tapah ke Sungkai dan Bukit Tagar ke Sungai Buaya.
"Di sebelah Selatan, trafik yang menghala ke Kuala Lumpur bergerak perlahan di Sedenak, Senai dan Simpang Renggam ke Ayer Hitam.
"Malah, trafik turut bergerak perlahan di laluan mendaki di antara Pedas Linggi dan Port Dickson,” kata Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Selain itu, PLUS juga menasihati semua pengguna jalan raya supaya mendapatkan rehat yang cukup dengan berhenti rehat setiap 2 jam di kawasan rehat dan rawat yang disediakan di sepanjang lebuh raya.
Penunggang motosikal dinasihati supaya lebih berhati-hati memandangkan kadar kematian yang dicatat membabitkan golongan itu akibat kemalangan adalah amat membimbangkan.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#kemalangan
#Kuala Lumpur
#Malaysia
#operasi
#PLUS
#Seberang Perai
#Taiping
#Zakaria Ahmad Zabidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan