Kenderaan dipandu melawan arus berjaya dirakam kru Astro AWANI di Lebuhraya MEX

Fareez Azman
September 4, 2021 04:06 MYT
Tindakan nekad pemandu kereta Perodua Myvi (kanan) itu sempat dirakam kru Astro AWANI kira kira jam 11.10 pagi ketika dalam perjalanan pulang dari Banting. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan dikesan dipandu secara melawan arus di Lebuhraya MEX berhampiran Seri Kembangan pagi tadi.
Tindakan nekad pemandu kereta Perodua Myvi itu sempat dirakam kru Astro AWANI kira kira jam 11.10 pagi ketika dalam perjalanan pulang dari Banting.
Kenderaan terbabit dipercayai dipandu di lorong tengah lebuh raya berkenaan dengan kelajuan sekitar 60 hingga 70 kilometer sejam.
Video berdurasi 19 saat yang sempat dirakam jurukamera Astro AWANI, R Sujenthiran itu turut memaparkan kenderaan lain yang membunyikan hon kepada kenderaan tersebut.

[TERKINI] Sebuah kenderaan melawan arus di Lebuhraya MEX sebentar tadi. Hati-hati kpd semua pemandu! Video dirakam krew Awani sebentar tadi. Maklumat lanjut menyusul @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/qQojkG7krY

— Fareez Azman (@FareezAzmann) September 4, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan motif serta punca mengapa pemandu terbabit bertindak demikian.
Astro AWANI telah menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan masih menanti perkembangan berhubung kejadian.
#kereta lawan arus #Lebuhraya MEX #kru Astro AWANI #Perodua Myvi