awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan jatuh gaung, pemandu lori tunda maut

Aida Aziz
Aida Aziz
01/04/2021
03:53 MYT
Kenderaan jatuh gaung, pemandu lori tunda maut
Anggota bomba melakukan tugas-tugas menyelamat dengan menggunakan peralatan khas iaitu telescopic ram dan hydraulic spreader. - Foto JBPM Perak
GERIK: Seorang pemandu lori maut setelah kenderaan yang dinaikinya terbabas di bahu jalan lalu terjunam ke dalam gaung sedalam enam meter, di Jalan Gerik-Lenggong dekat Kampung Kuala Kenering, pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 7.58 pagi.
Difahamkan, mangsa merupakan seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an, yang memandu lori tunda lima tan.
"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong menerima panggilan daripada pemanggil yang merupakan penduduk Kampung Kuala Kenering pada jam 7.58 pagi.
"Jentera Lenggong bantuan BBP Gerik digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan anggota seramai lapan orang.
"Manakala jentera BBP Gerik serta EMRS juga diaturgerakkan ke lokasi kejadian dengan jarak lokasi kira-kira 21 kilometer dari BBP Lenggong," katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, anggota yang bertugas diarah melakukan kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan peralatan khas iaitu telescopic ram dan hydraulic spreader.
Ia bagi membantu usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu lori tersebut.
"Mangsa disahkan maut oleh pihak kesihatan di lokasi kejadian kira-kira empat jam sebelum ketibaan pasukan menyelamat," katanya.
Operasi tamat pada jam 10.35 pagi.
Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#lori towing
#gaung
#kemalangan
#maut
#bomba
#JBPM
#Gerik
#Lenggong
#Kampung Kuala Kenering
#Jalan Gerik-Lenggong
#lori tunda
#pemandu lori
#mangsa tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan