23 Delegasi Malaysia Bebas dari Israel, Kini di Istanbul untuk Pemeriksaan & Sokongan – Ikuti Perkembangan Terkini di sini
MALAYSIA

Kenderaan JPJ rosak akibat perbuatan khianat

Bernama 05/10/2025 | 08:31 MYT
Mohd Zamri (tengah) berkata kejadian dipercayai berlaku pada 9.45 pagi di sekitar kawasan tempat letak kereta di bangunan Pusat Niaga Paya Keladi di sini ketika petugas JPJ sedang menghadiri kursus pengurusan aset. -Gambar fail/Bernama
KUALA TERENGGANU: Sebuah kenderaan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu rosak dipercayai akibat perbuatan khianat, Rabu lepas.


Ringkasan AI
  • Sebuah kenderaan rasmi JPJ Terengganu rosak akibat perbuatan khianat di kawasan tempat letak kereta Pusat Niaga Paya Keladi ketika petugas menghadiri kursus.
  • CCTV menunjukkan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an dipercayai memecahkan cermin kenderaan menggunakan objek seperti batang kayu.
  • JPJ memandang serius insiden ini kerana melibatkan kerugian harta kerajaan dan keselamatan petugas; laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.


Pengarah JPJ Terengganu Mohd Zamri Samion berkata kejadian dipercayai berlaku pada 9.45 pagi di sekitar kawasan tempat letak kereta di bangunan Pusat Niaga Paya Keladi di sini ketika petugas JPJ sedang menghadiri kursus pengurusan aset.

Beliau berkata hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati perbuatan itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an menggunakan objek seperti batang kayu.

"Insiden itu disedari selepas kenderaan tersebut didapati retak cermin hadapan, cermin sisi dan cermin penumpang sebelah kanan.

"Laporan polis telah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan segera dan terperinci. Motif sebenar perbuatan itu juga masih dikenal pasti," katanya pada sidang media di Pejabat JPJ Terengganu, di sini, hari ini.

Mohd Zamri berkata pihaknya memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab itu kerana ia bukan sahaja melibatkan kerugian harta benda kerajaan, malah menjejaskan kelancaran urusan rasmi serta keselamatan petugas jabatan.

-- BERNAMA






#Mohd Zamri Samion #kenderaan rasmi #JPJ Terengganu #perbuatan khianat #Pusat Niaga Paya Keladi