[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
MALAYSIA

Kenderaan Muhyiddin dilihat keluar dari kediaman

Sinar Harian 16/08/2021 | 00:01 MYT
Muhyiddin sempat memberikan lambaian kepada sekumpulan pengamal media yang berkampung di luar kediamannya di Bukit Damansara, sejak awal pagi hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kenderaan milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar daripada kediamannya pada jam 7.45 pagi hari ini.
Muhyiddin sempat melambai tangan kepada petugas-petugas media yang berkampung di sini sejak jam 6.30 pagi.
Difahamkan kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Pagoh itu dijangka akan bergerak ke Pejabat Perdana Menteri sebelum menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Pada Ahad, Muhyiddin dijangka meletakkan jawatan pada Isnin selepas mempengerusikan satu mesyuarat khas Kabinet lebih kurang jam 9 pagi.
Perkara itu didedahkan oleh seorang menteri Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) setelah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sudah menyatakan hasrat berkenaan dalam satu pertemuan bersama pucuk kepimpinan tertinggi parti itu di kediamannya di Bukit Damansara pada petang Sabtu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#Muhyiddin Yassin #Yang di-Pertuan Agong #Parlimen #Perdana Menteri #kabinet #Bukit Damansara #Mesyuarat khas Kabinet #letak jawatan