awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenderaan pengangkut kereta perisai terbalik di Lebuhraya KL-Karak

Bernama
Bernama
07/11/2024
13:18 MYT
Kenderaan pengangkut kereta perisai terbalik di Lebuhraya KL-Karak
Ketika kejadian pada 4.48 petang, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas, Negeri Sembilan untuk tujuan latihan. - Foto: Waffiy Norazmi
KUALA LUMPUR: Sebuah kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) petang tadi.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata kenderaan membawa muatan dua kereta perisai ADNAN daripada pasukan yang berpangkalan di Mentakab, Pahang, terbalik akibat kemalangan itu.
Beliau berkata ketika kejadian pada 4.48 petang, kenderaan berkenaan dalam perjalanan ke Gemas, Negeri Sembilan untuk tujuan latihan.
"Punca kemalangan masih dalam siasatan. Namun, tiada kecederaan kepada anggota mahupun orang awam dilaporkan. KPKP mengalami kerosakan," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kemalangan berlaku di KM35.2 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak.
Jurucakap LLM ketika dihubungi berkata kedua-dua lorong kanan arah barat dan timur terhalang akibat kemalangan itu.
"Keadaan terkini setakat 8 malam, terdapat kesesakan lalu lintas sejauh tiga kilometer di lorong kanan arah barat manakala di lorong kanan arah timur pula kesesakan sepanjang satu kilometer. Ini susulan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan treler sedang giat dijalankan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan perisai
#genting sempah
#Lebuhraya Karak
#ATM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan