MALAYSIA

Kenderaan rosak dibaling batu dari jambatan, polis giat kesan pelaku

Sinar Harian 03/01/2026 | 03:15 MYT
Kenderaan yang mengalami kerosakan pada cermin selepas terkena batu dicampakkan dari atas jambatan semasa melalui Lebuhraya WCE baru-baru ini. Gambar kecil: Mohd Akmalrizal
KUALA LANGAT: Polis giat mengesan pelaku yang membaling batu dari atas jambatan Seri Cheeding di Kilometer 8.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) di sini baru-baru ini.


Ringkasan AI
  • Polis giat mengesan pelaku yang membaling batu dari atas jambatan Seri Cheeding di Lebuhraya WCE.
  • Laporan diterima pada jam 3.22 petang, 1 Januari dari petugas yang membuat rondaan rutin.
  • Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, laporan diterima pihaknya pada jam 3.22 petang, 1 Januari lalu daripada petugas yang sedang membuat rondaan rutin di Lebuhraya WCE.

Menurutnya, pengadu memaklumkan menerima maklumat daripada Group Kerja Selangor WCE Patrol mengenai sebuah kenderaan pengguna lebuh raya dibaling batu dari atas jambatan hingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan terbabit.

"Dalam kejadian ini, tiada kecederaan yang dilaporkan terhadap pengguna jalan raya.

"Tujuan pengadu buat laporan adalah untuk memohon agar pihak polis membuat kekerapan rondaan di kawasan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambah beliau, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Tegasnya, polis sedang giat menjalankan usaha untuk mengesan suspek yang terlibat.

"Polis menasihatkan orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222," katanya. - Sinar Harian






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak polis berkenaan insiden pembalingan batu dari jambatan Seri Cheeding?
    A: Pihak polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dan telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
  • Q: Apakah kerosakan yang dialami oleh kenderaan yang terlibat dalam kejadian tersebut?
    A: Kenderaan pengguna lebuh raya mengalami kerosakan akibat dibaling batu dari atas jambatan, namun tiada kecederaan dilaporkan terhadap pengguna jalan raya.
  • Q: Bagaimanakah orang awam boleh membantu dalam siasatan ini?
    A: Orang awam diminta untuk tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan. Mereka yang mempunyai maklumat diminta untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222.



#kes baling batu #WCE #Kuala Langat #PDRM