Polis Kedah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes video tular membabitkan individu yang mempertikaikan Perintah Kawalan Pergerakan, dengan paparan sedang menikmati kenduri, termasuk makan kepala kambing, di sebuah kampung di Langgar.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin, berdasarkan maklumat yang diperolehi, pihaknya berjaya menahan dua lelaki itu kira-kira jam 5.15 petang Jumaat di rumah mereka di Langgar.
Beliau berkata, salah seorang lelaki terbabit dipercayai merakam video berkenaan manakala seorang lagi dipercayai merupakan penganjur kepada majlis kenduri itu.
Mohd Rozi berkata, kedua-dua lelaki berkenaan, berumur antara 45 dan 60 tahun, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.
"Kedua-dua mereka ini kita tahan dan akan dibawa ke hadapan Majistret esok (Sabtu) untuk dimohon tahanan reman bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media berhubung sekatan jalan raya di Jalan Tanjung Bendahara, di sini, malam tadi.
Beliau juga turut menyeru orang ramai supaya terus berada di rumah menurut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 hingga 31 Mac yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.
"Pastikan tidak melakukan kerja yang sia-sia, terutamanya memperlekehkan tindakan pihak berkuasa, tidak mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan menimbulkan kegusaran kepada masyarakat dengan posting yang dibuat (di media sosial)," tambahnya.
Mohd Rozi berkata, hasil ujian saringan awal mendapati kedua-duanya negatif dadah.
Polis turut merampas sebuah telefon bimbit untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3 (2) (Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(PPPB) 2020, Seksyen 7(1) PPPB 2020, Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Menurutnya, siasatan juga mendapati, majlis kenduri tersebut diadakan pada Rabu lalu, iaitu pada hari pertama PKP dilaksanakan.
Katanya, ketika itu jemputan yang hadir adalah sekitar 25 hingga 30 orang, berusia 20-an sehingga 30-an, dipercayai kenalan penganjur kenduri.
Media sebelum ini melaporkan, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penularan video seorang lelaki di Facebook yang mempertikaikan PKP yang dilaksanakan kerajaan bagi mengekang penularan COVID-19.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Mar 20 2020

Siasatan mendapati, kenduri tersebut diadakan pada Rabu 18 Mac, hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. - Gambar fail

Hari pertama PKP 2.0 di Kedah, bandaraya Alor Setar lengang
Tinjauan Astro AWANI di sekitar Pekan Rabu, Aman Central dan City Plaza mendapati pergerakan orang ramai berkurangan.

Norma Baharu | Sokongan isi rumah penting elak tekanan berlebihan
Sokongan isi rumah dalam melaksanakan norma baharu dapat membantu mengurangkan keresahan dan tekanan. Menurut Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin, ahli keluarga perlu memahami bahawa mereka masih menjalankan tanggungjawab seperti biasa walaupun berada dirumah.

Kesihatan Mental | Pekerja tertekan jejaskan produktiviti organisasi
Isu kesihatan mental di tempat kerja tidak seharusnya dipandang ringan, tegas Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Datuk Wilson Ugak Kumbong. Ini kerana jelasnya, kesihatan mental yang terjejas dalam kalangan pekerja bakal memberi impak kepada produktiviti sesebuah organisasi.

Era Pandemik | Majikan perlu pastikan kesihatan mental terjamin
Datuk Wilson Ugak Kumbong berharap agar majikan dapat memainkan peranan sebaiknya dalam memastikan kesihatan mental pekerja terjamin terutamanya golongan wanita. Beliau berkata demikian sebagai mengulas tinjauan yang dilakukan firma Penyelidikan Pasaran Dan Perundingan Antarabangsa, IPSOS berkenaan ‘impak pandemik terhadap tenaga kerja rakyat Malaysia’.

Kerja Dari Rumah | Majikan perlu lebih sensitif, empati terhadap pekerja
Majikan yang mengarahkan pekerja bekerja dari rumah juga perlu lebih sensitif dan mempunyai sifat empati dengan keadaan pekerja. Kata Prof Dr Amer Siddiq, pekerja juga mempunyai tanggungjawab menguruskan kehidupan selain bekerja dari rumah.

COVID-19 | Bekas Naib Presiden Pas, Hasan Ali positif
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali disahkan positif jangkitan COVID-19 pada petang Rabu. Menurut satu entri yang dimuat naik dalam akaun Facebook peribadinya pada Jumaat, Hasan memaklumkan, beliau sedang menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara Utama.

PKP & Kesan Ekonomi | ADFIM jangka pinjaman tidak berbayar naik
Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) menjangka kadar pinjaman tidak berbayar akan meningkat susulan pelaksanaan PKP pada ketika ini. Dalam temu bual bersama Astro AWANI, Timbalan Pengerusi Azizi Mustafa, Ketua Kewangan Pembangunan, Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) menjangka peningkatan adalah rendah melihat kepada jumlah sektor ekonomi yang masih dibenarkan beroperasi.

Pemandu maut, kereta dirempuh lori di Jalan Ipoh - Teluk Intan
Mangsa yang dikenali sebagai Tan Ann Chi, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

IHP | Indeks Harga Pengguna menyusut
Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia bagi tahun 2020 mencatatkan penurunan 1.2 peratus berbanding tahun sebelumnya. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, untuk suku keempat 2020 pula, IHP menyusut 1.5 peratus kepada 120.3 berbanding 122.1 pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya.

KDNK | Malaysia kekal pertumbuhan antara 6.5 - 7.5 peratus
Malaysia mengekalkan sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 6.5 peratus dan 7.5 peratus bagi 2021. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam temu bual bersama Bloomberg berkata, sasaran itu masih sama walaupun negara melaksanakan Proklamasi Darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Perisik hebat yang tertangguh... tayangan filem James Bond ditunda lagi!
Pemilik panggung wayang amat mengharapkan agar filem berkenaan dapat mengembalikan semula momentum jualan.

Malaysia dapat semula RM15.4 bilion tunai, aset 1MDB - Tengku Zafrul
Malaysia berjaya mendapatkan semula pemulangan aset syarikat One Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS 3.9 billion daripada Goldman Sachs Group Inc pada tahun lalu.

"Olimpik Tokyo batal? Atlet bukan berlatih untuk temasya itu sahaja" - MSN
Perkara itu tetap menjadi isu besar melibatkan sekumpulan kecil atlet yang menjadikan temasya berprestij itu sebagai sasaran.

Siri konsert dalam talian Malaysia Live!, beri ruang industri hiburan terus menyala
Siri konsert tersebut akan bermula dengan penstriman langsung dua episod pengenalan pada bulan Januari ini.

Hasan Ali positif COVID-19
Hasan Ali berkata beliau sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya.

Jepun nafi laporan mengenai pembatalan Olimpik Tokyo
Saya menafikannya kerana ia tidak benar, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Manabu Sakai.

Sarawak Memilih: GPS akan mohon pengecualian darurat jika COVID-19 terkawal - Masing
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memohon untuk dikecualikan daripada darurat bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) dijalankan.

COVID-19: Ujian saringan RTK-Ag harus dikendalikan operator terlatih
Amalan terbaik adalah, ia dilakukan dalam tempoh masa lima hingga tujuh hari selepas simptom dikenal pasti.

COVID-19: Pfizer-BioNTech dilapor setuju bekal vaksin kepada COVAX
Memetik laporan Reuters, menurut sumber, ia bagi membolehkan negara berpendapatan rendah turut menerima bekalan vaksin.

Tun Mahathir kongsi pengalaman anggota keluarga dijangkiti COVID-19
Dr Mahathir turut mendedahkan salah seorang daripada ahli keluarganya didapati positif COVID-19.