Kenyataan '13 Mei' Jamal Yunos bersifat menghasut, polis akan ambil tindakan - KPN

Astro Awani
Oktober 9, 2016 13:52 MYT
Jamal Yunos didakwa memuat naik kenyataan 13 Mei tersebut pada 21 September lalu. - Gambar fail
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata kenyataan Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunos yang mengancam tragedi berdarah 13 Mei bakal berulang sekiranya perhimpunan Bersih 5 akan diteruskan dalam satu kenyataan di Facebook peribadinya, adalah berbau hasutan.
Kenyataan menghasut berikut tidak boleh diterima dan pihak Polis DiRaja Malaysia akan mengambil tindakan tegas dengan segera, menurut Khalid dalam Twitternya pada Ahad.
Jamal yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dalam satu kenyataan di laman Facebook peribadinya bertarikh 21 September lalu, berkata beliau berjanji tragedi berdarah 13 Mei bakal berulang sekiranya perhimpunan Bersih 5 akan diteruskan pada 19 November depan.

Kenyataan menghasut sebegini tidak boleh diterima. @PDRMsia akan ambil tindakan tegas dgn segera. pic.twitter.com/0xMNUR0dSx

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) October 9, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun,Jamal melalui akaun Facebook "Dato Jamal Yunos" menyatakan akaun Facebook yang memaparkan kenyataan itu adalah palsu dan menuduh DAP sebagai pihak yang bertanggungjawab memalsukan akaun beliau.
BACA: Lawan Bersih 5 secara intelektual, nasihat Perkasa kepada Baju Merah
Kumpulan Bersih 2.0 mendakwa gerakan Baju Merah sebagai dalang yang menyebabkan kekecohan dan keganasan dalam perhimpunan Bersih 5.
Awal hari ini, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin turut mengecam tindakan ganas yang dicetuskan penyokong ekstrem kumpulan Baju Merah ke atas aktivis Bersih 5 dalam kejadian di Sabak Bernam pada Sabtu.
#13 Mei #Jamal Md Yunos #Khalid Abu Bakar