Kenyataan 'bedak', 'gelap': Kasthuri Patto mahu rujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen

Umavathi Ramayah
Julai 14, 2020 05:14 MYT
Kasthuriraani Patto sedang mempertimbangkan untuk merujuk Azeez Abdul Rahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. - Gambar fail/Astro AWANI
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto sedang mempertimbangkan untuk merujuk Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen susulan kenyataan 'gelap' dan 'bedak' yang disifatkannnya sebagai rasis.
Kata Kasthuriraani, tindakan 'mengheret' Abdul Azeez ke jawatankuasa itu dipercayai yang terbaik buat masa ini.
"Ramai ahli-ahli Parlimen yang mencadangkan (perkara itu), kami sedang mengadakan perbincangan termasuk mengumpul bukti," katanya pada sidang akhbar di pusat media, Parlimen di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Kasthuriraani berkata, meskipun Dewan Rakyat memberi kebebasan kepada ahli dewan, namun kebebasan itu tidak seharusnya disalahgunakan.
BACA: 'Gelap, bedak, gempita' - Azhar tidak menyesal jadi YDP Dewan Rakyat
Kasthuriraani turut menerima banyak mesej di laman sosialnya berhubung kenyataan Abdul Azeez.
"Mereka menyatakan kenyataan beliau (Abdul Azeez) tidak mewakili penduduk Parlimen Baling sebaliknya menyatakan mereka menolak politik bersifat rasis dan menolak mana-mana pemimpin (rasis)," jelasnya lagi.

Inilah 10 minit yang hangat dibincangkan di #DewanRakyat hari ini. Ia membabitkan kata kunci 'gelap' dan 'bedak' .... Sidang #DewanRakyat ditangguhkan sehingga Selasa.#NormalBaharu #HapusCOVID19 pic.twitter.com/NSyJ68S2tf

— Astro AWANI (@501Awani) July 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, dalam persidangan hari ini, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengarahkan Ahli Parlimen Baling beliau itu supaya memohon maaf ekoran kenyataan beliau.
Keputusan itu katanya, diambil selepas meneliti kenyataan Abdul Azeez yang bersifat menghina dan ekoran itu beliau dimohon untuk menraik balik kenyataan itu.
#Abdul Azeez Abdul Rahim #Azhar Azizan Harun #bedak #Dewan Rakyat #gelap #Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen #Kasthuriraani #Parlimen #rasis