KUALA LUMPUR: Kenyataan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) berkenaan pembelian dua buah hartanah di London, United Kingdom adalah tidak tepat dan merupakan isu yang pernah dibangkitkan pada 2017.
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dalam kenyataan pada Khamis menjelaskan kenyataan GWGF secara jelas mengemukakan fakta yang salah dengan menyebut pembelian kondominium mewah oleh FGV Holdings Berhad (FGV) walaupun sebenarnya merujuk kepada hotel yang dibeli oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
GWGF dalam kenyataan telah meminta Felda menjelaskan pembelian itu yang disifatkan sebagai satu pembaziran dan tidak menguntungkan peneroka Felda.
"Kertas Putih Felda ini juga adalah dokumen rasmi yang boleh diakses oleh orang awam.
"Perkara ini juga sedang dalam siasatan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan satu laporan rasmi juga telah dibuat pada tahun 2019 oleh Felda kepada UK Serious Fraud Office untuk tindakan lanjut pihak berkuasa," menurut Felda.
Felda juga memaklumkan sehingga kini, Grand Plaza Kensington dan Felda House masing-masing masih beroperasi dengan purata kadar penghunian melebihi 65 peratus dan kadar penghunian penginapan pelajar juga dijangka mencapai 98 peratus bagi tahun 2023.
"Felda menerima dengan baik usaha-usaha individu dan juga NGO (badan bukan kerajaan) yang membawa suara warga Felda tetapi usaha ini perlulah didasari niat yang ikhlas.
"Membawa isu-isu lapuk yang telahpun dijelaskan sebelum ini membuktikan ketidakpekaan GWGF terhadap perkembangan Felda dan warganya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 04 2022
GWGF dalam kenyataan telah meminta Felda menjelaskan pembelian itu yang disifatkan sebagai satu pembaziran dan tidak menguntungkan peneroka Felda. - Gambar fail
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Anggaran pendapatan naik 12 peratus kepada RM1.67 bilion
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd NaĆm Mokhtar ketika mengulas Bajet MAIWP 2025 pada Khamis berkata, anggaran perbelanjaan pula merekodkan RM1.67 bilion dengan perbelanjaan agihan RM1.34 bilion, pengurusan RM246 juta dan pembangunan RM87 juta.
[TERKINI] Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, permohonan berkenaan disampaikan beliau pada pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada Khamis.
MOTAC siasat isu tular 'kekecewaan' pelancong China
Datuk Seri Tiong King Sing sedang menyiasat isu tular berhubung dakwaan pelancong China meluahkan rasa kecewa mengenai pengalaman semasa melancong ke Malaysia.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing Berkata, Isu-isu Tersebut Tidak Sepatutnya Dikaitkan Dengan Sektor Pelancongan Khususnya Dengan Kehadiran Pelancong Dari China Memandangkan Mereka Antara Penyumbang Terbesar Kepada Hasil Ekonomi Malaysia.
Kenyataan GWGF berhubung pembelian hartanah Felda di London tidak tepat, isu lama
Kenyataan Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) berkenaan pembelian dua buah hartanah di London, United Kingdom adalah tidak tepat dan merupakan isu yang pernah dibangkitkan pada 2017.