awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan jelik: Polis rekod keterangan penghantar makanan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/01/2023
22:40 MYT
Kenyataan jelik: Polis rekod keterangan penghantar makanan
Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, keterangan lelaki itu diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Khamis. - Foto fail/Astro AWANI
PETALING JAYA: Polis telah merekod keterangan seorang penghantar makanan untuk siasatan dakwaan mengeluarkan kenyataan jelik terhadap seorang wanita di sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, keterangan lelaki itu diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Khamis.
"Lelaki itu telah hadir ke IPD Petaling Jaya semalam (Khamis).
"Keterangannya diambil oleh pegawai penyiasat kes di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ).
"Siasatan sedang dijalankan untuk dilengkapkan sebelum diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Sebelum itu dalam satu video tular di Facebook, lelaki terbabit seorang pekerja penghantar makanan sebuah aplikasi dalam talian mengaku berkata 'Kalau kat Thailand ini perempuan sedap' ketika disoal oleh seorang lelaki dipercayai teman lelaki mangsa.
Polis kemudian mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita tempatan berusia 27 tahun pada jam 11.12 pagi Ahad.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Glomac Centro Kayu Ara, Petaling Jaya, Selangor pada 8 Januari jam 10.30 pagi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penghantar makanan
#kenyataan jelik
#Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan