[TERKINI] Kes Zara Qairina: JSJ Sahkan Pegawai Penyiasat Tidak Patuh SOP, Gagal Mohon Bedah Siasat – Ikuti Perkembangan Di Sini
NATIONAL

Kenyataan media dakwa Zulkapli disiasat adalah palsu - JPM

Bernama 26/07/2023 | 04:16 MYT
JPM turut meminta orang ramai merujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM melalui platform Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok untuk berita sahih. - JPM
KUALA LUMPUR: Kenyataan media bertajuk 'Siasatan Ke Atas Datuk Dr Zulkapli Mohamed, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam' bertarikh semalam yang didakwa dikeluarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah palsu, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).

JPM menerusi akaun Facebook rasmi hari ini memaklumkan tindakan mengeluarkan kenyataan tersebut yang sedang tular menerusi media sosial ternyata berniat jahat dan mengelirukan rakyat.

"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu," menurut JPM.

JPM turut meminta orang ramai merujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM melalui platform Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok untuk berita sahih.

-- BERNAMA

#Dr Zulkapli Mohamed #disiasat #kenyataan palsu #JPM #Anwar Ibrahim