awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenyataan Mufti Pahang: Polis buka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan

Bernama
Bernama
29/06/2016
23:32 MYT
Kenyataan Mufti Pahang: Polis buka kertas siasatan di bawah Akta Hasutan
Pihaknya menerima laporan polis masing-masing satu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berhubung kenyataan Mufti Pahang itu. - Gambar fail
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkaitan istilah 'kafir harbi'.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya menerima laporan polis masing-masing satu di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berhubung kenyataan Mufti Pahang itu.
"Biar polis jalankan siasatan dahulu dan henti beri ulasan berkenaan kenyataan Mufti Pahang.
"Apabila siasatan selesai, kita akan rujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Topi Keledar kepada anggota trafik di sini, pada Rabu.
Turut hadir Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Datuk Mahamad Akhir Darus dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad Datuk Seri Shazalli Ramly.
Dalam perkembangan lain, Khalid mengesahkan polis mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berhubung kenyataannya yang didakwa menyamakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pemimpin diktator Uganda Idi Amin.
"Ini merupakan kes kelapan yang kita siasat terhadap Dr Mahathir. Ini adalah tanggungjawab kami untuk jalankan siasatan," katanya.
Proses yang dijalankan polis Bukit Aman itu berlangsung di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8, Putrajaya.
Topic Berkaitan
#Khalid Abu Bakar
#Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkaitan istilah 'kafir harbi'
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan