MALAYSIA
Kenyataan Negara: Malaysia gesa henti hubungan diplomatik, perdagangan dengan Israel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kecaman dan deklarasi semata-mata tidak lagi memadai untuk menghentikan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin - Foto/PMO/Izzuddin Abd Radzak
KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa tindakan tegas dan hukuman keras dilaksanakan terhadap Israel, termasuk menghentikan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan rejim zionis itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kecaman dan deklarasi semata-mata tidak lagi memadai untuk menghentikan kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.
"Kecaman tidak akan menghentikan peluru berpandu. Deklarasi tidak akan membebaskan Palestin. Tindakan tegas dan hukuman keras mesti dilaksanakan. Hubungan diplomatik mesti dihentikan dan begitu juga hubungan perdagangan.
"Rakyat dunia semakin letih dengan kata-kata. Mereka telah menyaksikan kita mengeluarkan kecaman demi kecaman, deklarasi demi deklarasi, sementara Israel terus bertindak dengan sewenang-wenangnya.
"Generasi masa depan akan bertanya: adakah kita berani bertindak? Kita tidak minta negara-negara bertindak melampaui kewajipan asas mereka," kata Perdana Menteri semasa menyampaikan kenyataan negara sempena Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam di Doha sekitar pukul 11 malam waktu Malaysia, pada Isnin.
Anwar menghadiri sidang kemuncak itu atas jemputan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani.
Sambil menggambarkan situasi semasa di Gaza, Anwar menambah wilayah itu kini terus dihancurkan di depan mata dunia, dengan penderitaan rakyatnya semakin meruncing.
Tegas Perdana Menteri lagi, Israel secara terbuka menyatakan bahawa negara Palestin tidak akan pernah wujud, dan kenyataan itu disifatkan sebagai satu bentuk apartheid yang kekal.
"Ia menolak semua resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri.
"Di Tebing Barat, politik penjajahan dan pengusiran diteruskan tanpa henti. Kebiadaban ini kini merebak ke Lebanon, Syria, Yaman, Iraq, dan turut menyerang Iran.
"Corak tindakan tidak berperikemanusiaan ini jelas memperlihatkan penghinaan terhadap asas-asas tamadun dan sistem antarabangsa," ujar beliau.
Dalam pada itu, Anwar turut menarik perhatian dunia berhubung bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza melalui misi Flotilla.
Menurut Perdana Menteri, masyarakat antarabangsa perlu bersatu untuk memastikan bantuan kemanusiaan itu sampai ke destinasi, tanpa sebarang halangan atau sekatan kekerasan.
"Hari ini, tatkala kita berhimpun, sebuah Flotilla sekali lagi belayar menuju Gaza — bukan membawa senjata, tetapi bantuan kemanusiaan kepada rakyat yang dikepung.
"Ia adalah misi belas ihsan, dan kita mesti melakukan segala usaha agar ia sampai ke tujuannya.
"Membiarkannya disekat dengan kekerasan adalah satu pengkhianatan terhadap suara hati kita untuk mempertahankan yang lemah, melindungi yang tertindas, dan memberi makan kepada yang lapar," kata Anwar.
Flotilla kali ini dinamakan Global Sumud Flotilla (GSF), menghimpunkan tokoh terkenal antarabangsa seperti aktivis alam sekitar, Greta Thunberg.
Dapatkan berita terkini di sini

#Anwar Ibrahim
#Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam
#Henti hubungan diplomatik Israel
#Malaysia kecam Israel