Skip to main content

Malaysia

Kepala air: Tiga warga Yaman terkandas di Air Terjung Sg Kedondong

Tiga warga Yaman terkandas di Air Terjung Sg. Kedondong... kredit bomba selangor
Anggota bomba membantu menyelamatkan seorang warga Yaman yang terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan Air Terjun Sungai Kedondong, Batang Kali, pada petang Ahad. - Gambar JBPM Selangor

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga Yaman terperangkap dalam kejadian kepala air di kawasan Air Terjun Sungai Kedondong, Batang Kali, pada petang Ahad, sebelum kesemua mereka berjaya diselamatkan dalam operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.12 petang dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kira-kira jam 4.40 petang, dengan jarak 26 kilometer dari balai.

Advertisement

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan operasi mengesahkan terdapat tiga mangsa lelaki warga Yaman yang terkandas akibat arus kepala air.

"Dua daripada mangsa dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah berjaya diselamatkan lebih awal oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

"Seorang lagi mangsa dilaporkan cedera di bahagian tangan selepas berada di kawasan tebing setinggi kira-kira tiga meter. Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan oleh anggota bomba yang terlibat dalam operasi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, kesemua mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

"Operasi dilaporkan tamat pada jam 5.30 petang dan tindakan lanjut operasi telah diselesaikan oleh pasukan penyelamat," ujarnya. 
 

Must Watch Video